Masak : Misi Berjaya

Pagi JUMAAT, 12 Sept.2008: mama ajak aku pergi pasar. Dah lama tak pegi pasar dengan adik dan mama. Tempat dituju ialah Pasar Tani Mega terletak di Kuala Besut, Besut, Terengganu. Kesempatan itu juga aku gunakan untuk mencari bahan masakan untuk juadah berbuka puasa. Firstly, aku dah janji nak masak satu lauk berbuka. Secondly, aku nak try masak resepi yang telah diberi oleh seorang kawan. Masakan ikan Merah masak lemak. Jadi tak jadi, lain cerita. Janji aku nak masak gak. Tetiba jadi excited lak nak masak lauk tu. Bahan mentah yang aku cari ialah :

1. Ikan Merah RM20.00 sekilo (HUHU~ mahal banyak)
aku beli separuh je untuk eksperimen ini.

2. Bahan-bahan lain seperti kunyit, lengkuas dan lada kering.
Bahan tambahan lain memang sudah ada dalam simpanan dapur rumah.

3. Kelapa? ermm umah aku banyak pokok kelapa. Ambil je yang telah sedia ada. Cuma kena kupas dan parut. Senang je sume tu sebab aku dah biasa buat benda-benda tu semua.


Keadaan di pasar adalah sesak dan kebanyakkan bahan jualan amat memberangsangkan. Pelbagai bahan mentah hingga ke pakaian dan hiasan rumah turut dijual disana di samping haiwan ternakan dan bunga-bungaan. Seronok jugak kekadang jalan-jalan teman mama dengan adik ni. Lama dah tak buat gini.

Lepas Jumaat. Jam 4.00ptg. Aku mula sibuk menyediaakn bahan-bahan untuk masakan aku. Sebab time tu, mama pun bagi peluang aku gunakan dapur untuk aku sediakan juadah pertama "made by shino". Selesai, semua bahan-bahan. Aku mula lah aktiviti memasak. Adik aku, aku lantik jadi asistant bahagian kupas bawang dengan perah santan. Masa tu aku bertindak sebagai ketua tukang masak. HEHE~
Maka ia bermula.

Lepas azan semua dah ready depan meja. Abah, Mama, Adik Fatihah, Adik Khairol dan aku sedia merasa masakan pertama. Rasa excited dan risau kot2 tak sedap. Maka ia berkesudahan dengan ucapan.

"sedapppp angah masak..lain kali angah masak la lagi" : puji Mama sambil senyum.

Aku senyum puas....Akhirnya aku berjaya menyediakan masakan ini. YES!!!!

Labels: , , ,