Pandu Malam : Hujan

Pada mulanya aku bercadang ingin berbuka puasa di Kota Bharu namun atas permintaan Mama. Aku lengahkan masa bertolak selepas waktu berbuka. Maklumla, Abg Long pun baru sampai dari Kajang. So, Mama nak aku berbuka puasa bersama-sama. Selepas berbuka puasa dengan family dan solat maghrib, aku terus bertolak ke Kota Bharu dan melalui jalan Tok Bali - Bachok. Antara jalan alternatif ke Kota Bharu. Beza jalan ini dengan jalan biasa ialah ia tidak terlalu sibuk dan melalui jalan pantai dan perkampungan nelayan. Namun, harus diingat, jika menggunakan jalan ini, anda harus beringat-ingat dengan kehadiran mengejut binatang-binatang seperti lembu dan kambing. Juga, orang kampung yang sering membonceng motosikal dengan cara bahaya.

Apapun aku harus juga ke Kota Bharu malam tu kerana aku kerja pada esoknya. Malam tu, hujan turun amat lebat sekali. Amat membataskan penglihatan semasa memandu. Pada masa tu, hanya garisan tengah jalan sahaja yang menjadi guideline pemanduan malam aku. Nak tengok depan memang satu apa pun tak nampak. If bukak spotlight lak, lagi tak nampak sebab hujan lebat tu menghala ke arah cermin depan. Jarang sekali hujan lebat cenggini rasa seperti di musim tengkujuh pulak.

Kelajuan pemanduan ialah 65 Kmh. Tapi kereta rasa ringan sebab cuaca sejuk. Engine lak cam smooth dan sering membuatkan aku geram nak tekan pedal lebih-lebih. Bila difikir bahaya. Aku tak jadi pandu laju. Engine turbo memang syok kalau pandu time hujan dan cuaca redup. Sebab masa tu, cuaca tak panas sangat dan engine pun takkan jadi overheat. Bila hujan berhenti, aku mula tambah kelajuan. Syok bile lampu turbo berkelip-kelip. Itu tanda aku tengah boosting.. pisssstt..

Labels: , , ,