Pesan Nenek

Jam menunjukkan pukul 4.00 pagi. Aku keluar mencari makanan untuk sahur. Maklumla bulan puasa. Aku singgah di sebuah warung di hujung kampung. Tak ramai orang disitu. Maka, aku mula order makanan. Tiba-tiba aku didatangi oleh seorang nenek tua. Dia menyapa aku. Maka, bermulalah perbualan kami :

"Adik kalau nak kahwin, nenek bagi petua kat adik." cakap nenek tua.
Aku terpinga-pinga. Heran, nape lak tetiba je nenek tua tu.

"Kalau nak cari perempuan yang elok, tengok tangan dia.Pegang ibu jari perempuan tu picit sesedap rasa. Kalau ada bekas, dia masih anak dara. Kemudian, picit jari kelingking perempuan tu. Jika dia tak berasa apa-apa. Maknanya dia bukan anak dara lagi."

Aku berseloroh;
"kalau saya tak pernah pegang tangan perempuan tu macam mana nak tengok?"
Sambil tersenyum nenek tua itu mengajar aku pelbagai teknik lain. Tapi aku tak boleh ceritakan disini kerana ia terlalu rumit untuk dihuraikan.

Dia mengajar aku beberapa tips lain. Banyak jugak yang aku tau, tak sangka pulak tiba-tiba nenek tua tu muncul tiba-tiba dan menyapa aku. Tips menilik anak gadis diturunkan kepada aku secara tak sengaja. Namun bahagian yang menjadi perhatian adalah bahagian yang bukan aurat. Iaitu muka, tangan dan kaki perempuan. Betul atau tidak aku pun tak pasti.

Selesai makanan sahur yang aku beli, aku terus pulang ke rumah untuk bersahur.

Labels: , ,