Petang Yang Hening

Bila raya menjelang, macam-macam cara persediaan nak sambut raya. Bagi aku, apa yang penting sekarang ialah memastikan keadaan kenderaan untuk balik raya berada pada tahap yang paling memuaskan. Bayaran bonus dan gaji yang baru masuk tu, tak salah kiranya aku abiskan sedikit untuk kerja maintainan kereta kesayangan aku ni. Disamping perbelanjaan untuk pakaian baju melayu dan perfume, kos-kos lain turun diambil kira. Alhamdullillah rezeki, maka dapat lah aku menggunakan sedikit untuk perbelanjaan-perbelanjaan tetap seperti maintainan kereta, kredit kad, sewa rumah, bil-bil internet, astro, air, lektrik dan sebagainya.Selesai sahaja kerja maintainan, kos penyelenggaraan taklah mahal sangat, RM178 sahaja.

Kemudian, aku telah diajak oleh seorang kawan untuk berbuka bersama-sama. Bila dah last puasa ni, nak berbuka puasa kat rumah pun macam dah takde selera. Yang memeritkan ialah aku kena kerja pada 28hb. Tapi takpe, aku ambil tanggungjawab ini dengan redha.

Labels: , , , ,