Resepi Ramadhan - "Ikan merah masak lemak"

Sekian lama aku tercari-cari resepi masakan ini. Gara-gara makan tengahari di sebuah warung terkenal di Pangkalan Kubur, Tumpat. Warung tersebut terletak berhadapan sekolah rendah tapi aku kurang pasti nama sekolah tu. Namun, keenakkan masakan ikan merah masak lemak membuat aku tak lupa dan sering mengidam untuk menikmatinya buat kali kedua. Malangnya, impian tersebut tidak kesampaian oleh kerana bulan Ramadhan telahpun menjelma dan warung tersebut hanya dibuka pada waktu makan tengahari sahaja. Oleh yang demikian, aku telah mula mencari-cari resepi masakan itu dan telah berjaya menemuinya. Dengan ini, aku ingin berkongsi resepi ini untuk kawan-kawan semua.


Mula-mula sediakan bahan-bahan :
Ikan Merah
Bawang merah 5 biji.
Kunyit (sebesar ibu jari)
Lengkuas 5 hirisan
Lada kering 7 ulas
Asam keping 3 ulas
Kelapa parut

1. Mula-mula ikan merah diperap dengan garam kunyit. Biarkan selama setengah jam.

2. Masukkan bahan-bahan seperti bawang merah, kunyit, lengkuas dan lada kering dalam satu bekas. Tambahkan sedikit air. Kisar sehingga sebati.

3. Masukkan bahan-bahan tadi bersama parut kelapa yang belum diperah. Kemudian, perahkan bersama bahan-bahan tadi. Hasil perahan bersama santan itu di letakkan dalam satu bekas.

4. Sediakan periuk, masak perahan tadi sehingga ia mendidih dan mengeluarkan bau harum.

5. Kemudian, masukkan asam keping 3 ulas dan masak bersama sehingga asam tersebut kembang sedikit.

6. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Biarkan ia sebati.

7. Masukkan ikan merah yang telah diperap itu kedalam rebusan tadi dan kacau perlahan-lahan kerana ikan rebusan cepat hancur.

8. Masukkan lada merah dan timun batang dan masak selama 10 minit.

9. Hidangan juadah berbuka siap tersedia.

Silalah mencuba, anda pasti suka. Terima kasih banyak-banyak pada Ain yang bagi resepi ini. Anda memang briliant !!! :)

Labels: , , ,