Warkah Buat Semua

Assamulaikum.. salam ramadhan untuk semua kawan-kawan blogger semua. Sori sbb lama tak update blog ni. Bukan tutup kedai atau hilang idea tapi semenjak dua menjak ni aku bz sangat-sangat. Program dan kerja melimpah ruah bagaikan masak lemak mendidih menggunakan periuk kaca. Diari aku pun penuh dengan pelbagai aktiviti di dalam negeri mau pun di luar negeri. Last program ialah pada 25hb SEPT ni, aku kena pergi Johor Bharu untuk menghadiri satu lawatan ke projek pembangunan di sana. Rasa nak pergi tu memuncak juga, sebab dah lama aku tak melawat tempat aku pernah mencurah keringat membangunkan masyarakat Johor dimasa ketika dahulu dan aku belum lupa janji Filanastasia, mau belanja aku BURGER KING bila isi minyak kat Petrol pump die HEHE~ Namun, aku terpaksa membatalkan dahulu program lawatan rasmi itu oleh kerana aku ingin bercuti untuk merehatkan badan. Maklumla, HARI RAYA bakal menjelma. Gaji dan bonus plak baru je masuk semalam. Malam ni bermula lah aku mengarang klim-klim perjalanan. Blehla buat belanja makan lepas RAYA nanti. Alhamdulillah, jejak juga nilai 4 angka.

Cakap pasal masa ni, semua orang ada 24 JAM. Aku pun sama,kekadang masa tu dirasakan amat tak mencukupi jika pebagai aktiviti dan kerja yang aku nak buat dalam satu masa. Orang cakap, masa mudalah nak bekerja keras. Bukan untuk siapa? untuk diri sendiri dan juga keluarga tersayang juga, untuk anak-anak aku nanti even aku blum kahwin, aku rasa kita perlu bersedia ke arah tu oleh kerana masanya pasti akan tiba jika mendapat IZIN dari TUHAN.

Macam-macam cara sebenarnya nak cari rezeki lebih ni. Even aku ni mempunyai pendapatan TETAP, namun rezeki harus dicari untuk membina masa depan lebih Gemilang Cemerlang dan Terbilang macam cakap Pak LAH. So,dalam masa yang sama aku telah terjurumus ke kancah MLM. Pada mulanya memang aku malas nak dengar pasal MLM. Tapi taktau lah, pujuk rayu dari kawan-kawan dari PUTRAJAYA, aku akhirnya bergiat aktif dalam bidang ni. Baru masuk dua minggu aku join, tak sangka aku mungkin memperolehi bonus sebelum HARI RAYA. Nilainya tak lah besar namun bleh menyamai gaji Pegawai kerajaan berGRED 48. Ya ALLAH ya TUHAN ku murahkan lah rezeki aku ini. Semoga berkat Malam Lailatul Qadar, TUHAN makburkan doa hamba yang lemah ini.

Esok lastday aku kerja, 26hb SEPT aku mula bercuti hari raya sampai 5hb Oct. Waghh x sabo nak luangkan masa dengan adik-adik dan keluarga. Terengganuu akuu pulanggggg~ yehaaaaa

Kepada kawan kita kat Surabaya tu, sila-sila lah cepat pulang ke Tanah Air.

Akhir kata "SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI" . Aku memohon maaf sekiranya penulisan ini menguris perasaan dan hati. Terima kasih buat kawan-kawan yang bertanyakan khabar. Sila la jemput bertandang ke rumah.


Labels: , , , ,