Airport

Kali ini aku telah fly ke KLIA pula, menghadiri satu mesyuarat di Putrajaya. Setelah selesai cek in untuk ke departure room. Aku menuju ke bahagian pemeriksaan scanner barang-barang sebelum memasuki bilik itu. Pada masa itu, adalah sorang pakcik depan aku. Lepas dia taruk barang atas roll scanner tu, pakcik tu melalui scanner. Tetiba censor scanner mengeluarkan bunyi. Dan pegawai polis menghampiri pakcik tu untuk pemeriksaan;

Polis : Err..pakcik ade bawak pape senjata ker?
(sambil meraba-raba badan pakcik tu)

Pakcik : Ada cik.."pistol air"..
(jawab pakcik tu dengan spontan sambil menunjukkan sesuatu pada badannya)


HA HA HA HA HA HA Tetiba mereka ketawa besar. Aku pun yang duk sebelah tak tahan nak gelak. Pergghh! selamba badak je pakcik tu buat lawak.

Labels: , , ,