Bersediakah anda ?


Bila terlalu excited, kita sering tersalah langkah or overspeeding. Bak kata orang "lebih kuah dari lauk" atau "besar rantai dari beruk". Tapi kekadang tu, kita tak sedar ape yang telah kita lakukan. Bila dah terlanjur, buruk padahnya. Harus berhati-hati dimasa akan datang.

Biasalah tu. Manusia, sering saja melakukan kesilapan. Bila dah sedar baru nak insaf. Apabila difikir-fikir, benda-benda gini selalu menyebabkan kita rimas untuk bergerak kerana dikuatiri akan melukakan hati atau perasaan orang lain. Maka, pincanglah perlakuan dan tindakan.

Kenapa susah sangat nak luahkan perasaan? Bila dah suke pun, if kita luahan pada seseorang, kita kena bersedia untuk kecewa dan redha apa yang akan berlaku seterusnya. Jika kita tak mampu ke arah tu. Bagilah masa untuk diri menerima segala kemungkinan dan niatlah dalam hati dalam-dalam "dia bukan untuk aku". Apa pun kemungkinan, ia pasti membuatkan kita puas dengan apa yang kita lakukan. Bak kata orang, jangan lepaskan peluang kerana belum tentu peluang ini akan datang sekali lagi. Jangan sia-siakan nya. Pelik kan, tp bagi aku plak, bila aku cuba nak luahkan sesuatu, aku rasa sebak. Ntah lah tetiba rasa sayu. Mungkin sebab tu aku jadi tak confident dengan segala tindakan yang aku lakukan. Mungkin aku belum bersedia menerima kemungkinan yang akan berlaku tu HUHUHU~

Rasanya, lebih baik pendamkan apa yang dirasa dari meluahkan. Kekadang tu, ia mungkin memberikan kesan yang baik juga. "Diam tanda setuju?" diam bukan tanda setuju, diam tu banyak makna. Makna yang tak mungkin dapat diungkapkan. Diri sendiri sahaja yang tau.

Ini dapat dikisahkan dalam satu peristiwa, yang mana seorang lelaki itu suke pada sorang gadis ni. Setelah berfikir panjang, dia telah meluahkan perasaannya pada gadis berkenaan. Namun, jawapan si gadis adalah berstatus 50-50 maknanya lelaki itu tidak tahu apa yang perlu dilakukan lagi. Samada gadis itu setuju atau tidak, dia pun tak tau. Tapi, layanan gadis itu padanya amat baik sekali. Nak kata dia terima lelaki tu, tak pulak. Nak kata dia taknak, dia tak bagitau pun, cuma hanya ayat yang ringkas "Thanks sebab menyukai saya..." itu je. Tak lebih dari tu. Suke banyak makna, suke nak kawan pun suke jugak.

Sekarang ini, lelaki tu tak tau apa didalam isi hati gadis tu. Adakah, ia telah menolak cinta lelaki ini tetapi dia tak mahu melukakan hati atau menolak cara lembut menolak perasaan tu oleh kerana si gadis hanya mau menjadikan lelaki itu hanya sebagai kawan biasa.

Pada pandangan aku, kalau dah suke atau tidak, ape salahnya memberitahu. Tapi perempuan ni kekadang sangat tersirat. Susah nak baca isi hati. Bukan lelaki ini sahaja, aku sendiri pun kekadang tak paham apa yang terlintas di hati perempuan. Mungkin sebab perempuan suke memendam rasa. Atau dia tidak mahu make a move dulu kot. Macam orang cakap "Perigi mencari timba". So, dia nak jaga semua tu. Mungkin lah. Tapi, dari kes ini aku rasa, lelaki tu dah bagitau apa yang dia rasa. Jadi, terpulanglah pada si gadis itu samada nak terima atau tidak. Cuma sekarang lelaki itu hanya mahu meluahkan apa yang dia rasa kepada gadis tu. Tak salah kan? Kan lebih baik berterus-terang dari terus memendam rasa dan akhirnya kita akan bersedih sendirian tanpa sebab. Lagi dasyat. At least, make a move kan? Bila dah cakap, rasanya sekarang, segala keputusan terletak pada si gadis tu lah. Maka, lelaki tu, harus bersedia untuk kecewa dan anggaplah bahawa semua ini adalah ketentuan.

Aku rasa, memandangkan masih ada respon yang baik dari si gadis tu, baik teruskan usaha. Tapi tak wajar kiranya jika perbuatan itu terlalu lama. Sebabnya, mungkin gadis itu akan berasa rimas. Pastu ia nampak macam lelaki ni terhegeh-hegeh gilakan si gadis. Sedangkan si gadis tidak mempunyai ape-ape perasaan pun. Lagi lama, lagi sakit kan? So, better bagi masa. Then, decide lah. Noktah.

Labels: , , , ,