Bersiar-siar

Petang tadi aku keluar dengan kawan lama. Lama dah tak keluar berjalan-jalan. Sejak 4 tahun lalu tempat ni tak banyak berubah. Still macam dulu, cuma pengunjungnya bertambah bila tiba musim raya. Maklumla, biasanya pengunjung ke sini untuk mandi manda dan beristirehat bersama keluarga. Aku sukakan tempat ni kerana ia masih lagi bersih dan pemandangan disini amat mengasyikan. Kesempatan ini aku gunakan dipetang hari raya ketiga, setelah penat melayan tetamu yang berkunjung ke rumah, aku sempat meluangkan masa bersama kawan-kawan menikmati keindahan pantai di Besut, Terengganu. Tempat asal aku. Rindu rasanya.



Pakcik dalam gambar tu bekerja mencari rezeki dengan menjala ikan. Ikan nya takde lah mencapai saiz pasaran pun namun cukuplah untuk dimakan seisi keluarga. Lumayan juga tangkapan pakcik ni. Tu baru sekali baling. Kali sepuluh kali baling? hehe Aku pernah gak dulu belajar menjala. Tapi bila nak baling je, aku baling dengan jala-jala skali haha Even try banyak kali pun, jala tu still taknak bukak. Mungkin tekniknya belum kena. Kesimpulannya, aku failed bab menjala ni. Kalau bab mancing aku bolehla ikut. Tapi bukan mancing awek tau! ngehehehe~

Labels: , , ,