Blog walk in : JB

Lepas cuti raya, kerja memang berlambak-lambak. Tambah plak campur dengan mood raya. Lagi jadi sensitif. Nak marah orang je. Pastu jadi hilang idea nak kerja. Bila masuk hari kedua, baru aku bleh catch up balik apa yang pending2 tu. Bila start kerja plak, semua nak cepat. Kalau tak tahan kerja dengan aku, nasiblah. Bz punya bz aku sering terlupa makan tengahari. Bila abis je waktu opis, mula lah aku rasa lapar. Tu memang routine aku.

9 Oktober 2008 : Aku ada satu program di Johor Bahru. Program tu sepatutnya aku pergi sebelum raya tapi aku tunda selepas musim perayaan. Sebenarnya, program tu adalah serampang 2 mata. Dan sebenarnya kesempatan itu aku gunakan untuk berjumpa rakan-rakan lama di pejabat lama. Aku rindukan suasana tu. Aku di jemput oleh kawan baik aku, Ayares (http://ayares151.blogspot.com) dari airport Senai. Dan menginap di terataknya.

Kesempatan itu juga, dapat aku digunakan untuk membuat perjumpaan dengan kawan-kawan blogger lain. Semuanya berjalan lancar. Thanks pada Filanastasia (http://filanastasia.blogspot.com) kerana layanan baik kamu. Malam tu kitorang lepak di petrol pump milik keluarga Filanastasia sambil menikmati Burger King. Ayares pun ikut sama. Thanks again. Pagi tu, Aku gunakan kesempatan untuk bersarapan bersama-sama kawan-kawan blogger lain seperti Princess Liyana (http://princessliyana1706.blogspot.com), Azie (http://miszazie.blogspot.com), Atiqah (http://atiqahnasir.blogspot.com) dan kawan-kawan lain. Nice to meet u all. Memang meriah sangat korang-korang nih.

Tapi aku terlupa satu benda, patutnya hari tu snap satu gambar. Buat kenangan. Maklumlah tengahari tu nak bertolak balik Kota Bharu dah. So, dalam keadaan rushing tu, aku lupa satu benda yang amat penting ini. Insyallah kita jumpa lagi.

Pictures :
credit to chachahavana's photostream

Labels: , , , ,