Ceritaku Duniaku EP02: Bermain


Semasa pulang dari sekolah petang Fardu Ain, Aku dan Abg salin baju sekolah. Petang ni kami dan kawan-kawan kuar bermain sama-sama. Empat orang semuanya. Aku, Abg, Kerol dan Mat Din. Kerol yang paling tua, adiknya Mat Din. Jiran satu taman jugak.

Kawasan permainan kami sememangnya kawasan tapak parking jentera pertanian seperti mesin menuai padi dan traktor. Sebabnya ialah kuarters kami adalah kuarters pertanian. Jadi, memang kami sudah biasa main panjat-panjat jentera-jentera tu. Kalau Pak Guard marah, kami lari balik rumah atau menyorok celah-celah traktor.

Petang tu, Kerol ajak main sorok2. Kami ikut, kemudian permainan sorok-sorok bertukar kepada main baling-baling tanah liat. Bentuk tanah tu dah jadi berketul-ketul sebab kering. Bila dibaling dan kena benda keras, ia akan pecah berderai seakan-akan meletup. Kuar debu macam bom tangan. Konon lah. Aku beregu dengan Mat Din. Abg beregu dengan Kerol.

Abg dengan Kerol cekap baling. Aku selalu kena serang dengan tanah liat tu. Sakit tu sakit jugak, tapi kami berdua sempat menyorok dan mencari lokasi terbaik dicelah tayar traktor. Tanah liat ada 3 ketul dengan Aku. Mat Din ada 2 ketul je. Bila kami baling, mereka menyorok dan balingan selalu tersasar mengenai gudang padi. Aku dan Mat Din hampir kehabisan "bom". Ada satu lagi yang last pada Mat Din. Mereka macam tau kami kehabisan "bom". Kemudian, mereka mula menyerang kami bertubi-tubi tanpa henti ditempat persembunyian kami. Dan menyuruh kami menyerah diri dengan angkat baju tanda menyerah kalah. Kononnya, angkat bendera putih tanda serah diri dan mereka diistiharkan pemenang. Aku taknak mengalah. Aku dan Mat Din meniarap dan merangkak mencari kawasan baru yang banyak sumber tanah liat kering tu. Dalam keadaan menyelamatkan diri dan mencari perlindungan, tetiba aku ternampak longgokkan tanah liat di depan sebuah traktor padi. Aku suruh Mat Din cover Aku kalau diorang serang balik.

Aku merangkak perlahan-lahan sebijik macam komando 69 tu. Macam dalam cerita "Raja Rimba" :- filem melayu arahan Yusof Haslam. Aku suke citer tu dulu. Aku mula melintasi halangan tong minyak menuju ke tempat tersebut untuk mengambil seberapa banyak ketulan tanah liat untuk dijadikan senjata. Belum sempat nak capai ketulan tanah liat tu, tetiba, seketul "bom" tangan hinggap tepat pada kepala aku;

"paaap!!" bunyinya. Aku tergamam. Dan ketulan itu bukanlah tanah liat tapi seketul batu kelikir sebesar penumbuk. Panas je rasa kepala Aku masa tu . Tetiba dirasakan ada benda mengalir di dahi turun ke muka. Bila dipegang, rupa-rupanya darah. Banyak sangat sampai habis baju Aku kena darah. Bila tau banyak darah, baru Aku nangis. Satu sebab takut dan masa tu kepala Aku rasa kebas dan senak. Berdenyut-denyut rasa dia.

Masa tu, semua keluar dan panik. Muka Abg pucat, sebab dia yang baling batu tu. Budak dua orang tu pun takut dan terus balik rumah. Abg pimpin Aku balik. Aku nangis tak henti-henti sampai umah. Mama tercengang tengok dan terus cepat-cepat bawa Aku ke klinik. Tapi Mama sempat lagi marah Aku dengan Abg sebab main benda bukan-bukan. Abg kena pukul dengan lidi. Dia nangis jugak. Mama cakap aku kena 3 jahitan sebab besar jugak luka tu. Sekarang aku taktau ada lagi tak parut tu.

Labels: , , ,