Dikir moden Kelantan

Tak sangka negeri Kelate kaya dengan seni budaya sendiri. Pada dulunya, memang dikir barat sering dikaitkan dengan negeri Kelate. Namun, zaman berganti zaman, dikir tersebut telah dimodenkan dengan pelbagai gaya dan menggunakan alat muzik moden seperti gitar dan sebagainya. Ia tak lekang dek panas dan tak hilang dek peredaran masa. Dendangan lagu dikir barat yang memuja kekasih dan perempuan dan kisah percintaan menjadi kandungan lirik yang menghiasi lagu-lagu dikir barat moden ini. Hebat sungguh. Di tambah pula dengan suara-suara lunak penyanyi yang terkenal dikalangan pengikut muzik dikir moden ini. Apa yang membanggakan ialah mereka mempunyai video klip sendiri dan cd keluaran syarikat sendiri. Sungguh memberangsangkan. Sila saksikan video berkenaan. Semoga terhibur.

Tajuk : Comel Loteng



Tajuk : Dahago Cinto



Tajuk : SMS




Tajuk : Ambo Ghaso Berkene

Labels: , , , ,