Kemaafan

Semua pernah melakukan kesilapan, aku pun tidak pernah terkecuali untuk melakukan kesilapan. Kerana aku adalah insan bernama manusia. Insan yang lemah. Walaupun pada aku ia tidak mempunyai niat untuk melukakan hati sesiapa tetapi oleh kerana sifat semulajadi aku sebagai insan yang lemah aku telah melukakan hati seseorang.

Namun, jika ditanya? Tiada jawapan diperolehi. Sebenarnya, aku pun tidak mengetahui adakah aku melukakan hati mereka? Jika benarlah, aku bersalah, aku memohon sejuta kemaafan. Kerana aku tidak mampu memaksa mereka untuk memaafkan diri ini. Oleh kerana kelemahan itu, aku cuba jadi yang terbaik. Then, aku harap mereka dapat memberi tunjuk ajar supaya aku tau akan kesalahan dan mencari jalan terbaik.

"i'm not a bad guy but have a bad luck." - Sandman (dalam filem spiderman 3)"

Sebenarnya, dia bukan sengaja mahu melakukan kesalahan sebab itu bukan kehendaknya.

Kalaulah banduan dipenjara dan dihukum atas segala kesalahannya, dan die telah insaf dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatan itu, wajarkan kita tidak memaafkan mereka? Jikalau begitu, sia-sia lah segala hukuman itu kerana ia tidak memberi apa-apa makna sekalipun. Dan lebih baik die terus melakukan kesalahan daripada bertaubat.

Walaupun benda ini nampak remeh, namun jika tidak didalami dengan lebih mendalam, pasti kita tidak tau erti sebenar kemaafan itu.

Labels: , , ,