Ceritaku Duniaku EP01: Pergi Mengaji


Balik dari sekolah rendah, macam biasa pukul 1.30ptg, aku dan Abg pergi mengaji Al-Quran dekat seberang kampung. Rumah Ustaz tu selalu ramai je kawan-kawan sebaya mengaji Al-Quran disana. Siapa cepat sampai, dia dapat no 1.Then, cepat lah dia balik. Kalau lambat, duduk la sorang2 kat ctu tunggu turn.

Kami berbasikal ke sana. Jaraknya dekat 1 Km jugak sebab melalui jalan kampung. Aku naik basikal Mini. Ada bakul kat depan. Abg aku naik basikal BMX. Hadiah dari Abah masa Abg dapat no.1. Aku lak naik basikal mini yang dahulunya milik Abg. Basikal BMX Abg memang lawa sangat, sporty dengan rim sukan dan tayar tanpa angin. Tapi basikal dia takde bakul macam basikal aku. Abg buli aku. Dia taruk qahal dan Al-Quran dalam bakul basikal aku. Pastu songkok dan lain-lain. Biasanya Mama bagi kami duit belanja RM0.50 setiap kali pergi mengaji. Blehla buat beli aiskrim asam boi yang jual dekat kedai tepi jalan.

Tiba di surau, aku ambik tempat. Kekadang tu macam tak fair sangat. Even aku dengan Abg datang agak awal. Kami tak pernah dapat no 1. Sebab kawan-kawan lain lagi cekap. Diorang siap taruk qahal kosong untuk booking tempat. Nanti datang lewat pun takpe. Still bleh duk depan. Nasib la.

Masa mengaji memang riuh rendah. Macam bunyi. Ada yang macam sahut2, ada yang sangkut2 dan ada yang tak bunyi langsung. Yang tak bunyi langsung tu, biasanya budak tu tertidur masa tunggu giliran. Petang2 memang seksa. Mata cepat kuyu dan ngantuk.

Seingat aku, penanda muka surat atau telunjuk masa mengaji amat meriah. Macam2 ada. Siapa yang ada telunjuk paling hebat dia pasti jadi pujian kawan-kawan. Benda tu amat berharga bagi kami semua. Kalau takde telunjuk, benang tikar plastik pun leh jadi telunjuk. Mereka2 ni memang nakal. Ada yang siap simpan bulu ayam dalam kitab tu. Masa tu, percaya bulu ayam tu bleh beranak. Makanannya bedak atau habuk pensil. Mau nya tak rosak kitab tu.

Ustaz kami memang garang. Dengan rotan sebesar jari kelingking sudah cukup memeritkan kami semua. Sekali die sentap rotan tu kat lantai kayu. Masing2 senyap dan mengigil2. Maka, mengajilah kami dengan bersungguh-sungguh. Sebab takut. Apa yang perit sgt ialah bila time dia ajar tu. Kalau baca surah tak lepas2, pastu kena duk tepi. Dan die akan ajar budak2 lain dulu. Hah tunggulah sampai dia ajar balik nanti.

Pukul 3.30ptg, aku dengan Abg selesai mengaji. Mama selalu pesan, balik mengaji jangan melencong pergi mana-mana. Terus balik rumah. Lepas mengaji kami singgah lagi kedai runcit tepi jalan. Beli gula-gula. Masa tu suka makan gula-gula susu. Abg beli jugak. Selesai, bertolak pulang.

Lepas melintasi jalan utama, aku akan berlumba dengan Abg sebab nak cepat sampai rumah. Nak tengok kartun. Lepas je melintas, aku dengan tanpa bagi isyarat memecut laju. Tapi silap, basikal aku banyak barang dalam bakul depan. Basikal BMX merah Abg memang laju. Senang je dia potong basikal aku. Geram sangat bila dia potong sambil mengejek. Aku tak kira, aku nak menang jugak. Aku kuatkan kayuhan. Cucuk basikal BMX die. Tiba-tiba, tempat duduk aku terasa rendah dan handle basikal aku rasa macam tinggi dari biasa dan mengeluarkan bunyi "Praaaaaannggggg..."

Rupa2nya body tengah basikal aku putus dua. Aku gagal mengawal basikal Mini dan terus tergolek bersama basikal Mini tu. Bersepah aku dekat tengah jalan tar kawasan perumahan tu. Aku bangun tahan sakit. Abg break basikal dan pusing datang ke arah aku. Dia pun panik. Tengok aku jatuh. Mana tak takut, silap2 kena pukul dengan Mama sebab tak jaga adik baik2.

Abg bersihkan baju aku yang kotor terkena pasir dan kemaskan barang-barang yang bersepah tu. Kami sama-sama jalan kaki sambil menarik basikal yang patah riuk tu. Aku takut sangat kalau Abah tau, aku mesti kena marah.

Sampai dirumah, aku dengan Abg simpan basikal dan kami sendal kan basikal tu pada dinding dan bahagian bawah dilapik dengan bateri kereta milik Abah supaya ia nampak macam biasa takde rosak pape. Tu je yang kami mampu buat. Aku masuk rumah buat macam biasa. Luka dekat lengan dan tapak tangan aku sembunyikan dari pengetahuan Mama. Mama tak perasan. Aku masuk bilik terus baring. Tahan sakit dan tertidur sampai maghrib.

Bila sedar, aku dengar suara Abah dan Mama. Riuh rendah bunyinya. Bunyi sahut2 macam diorang sebut pasal basikal. Tiba-tiba Mama masuk bilik aku. Aku pejam mata. Buat2 tidur sebab takut kena marah dengan Mama. Mama duduk sebelah. Dia usap dahi aku. Dia bisikan sesuatu pada aku;

"Mama tak marah pun Angah, mari mama taruk ubat kat lengan tu. Kesian anak mama ni luka. Nanti besok Abah pergi baiki basikal tu ye.."


Aku senyum. Rupa2 nya Mama tak marah aku pun.

Labels: , , ,