Pelaburan Cepat Kaya


Lagi cerita pasal high profit investment. Nasib baik aku pun tak masuk. Tu dah sipi2 dah nak letak RM 10K kat situ. Bermula dengan kes Pak Man Telo dan sebagainya. Dalam internet plak pelbagai investment program seperti HYIP (High yield Investment Program). Aku pun pernah terjebak dengan program-program macam ni. Kekadang tu pernah gak hilang RM 3K dalam satu masa. Sedih tapi redha je la dan ambil sebagai pengalaman.

Tapi aku tak juga serik, bila diajak kawan-kawan, lama-lama aku terjerumus gak. Sekarang ni banyak sangat program investment ni. Bukan sahaja di internet malah sebaran tentang keuntungan melalui mulut ke mulut sering menjadi alat penyampaian berita pelaburan ini.

Pengalaman aku dalam bidang ni bukanlah b
anyak sangat tapi cukup untuk memberi pengalaman kepada aku. Dulu aku pernah main FOREX, start dengan nilai RM 5K. Orang main FOREX kena belajar baca market. Aku plak main dengan emosi. Mana tak rugi. Bukan aku sahaja, housemate aku dulu amat aktif dalam program live trading FOREX ini. Nasib plak masing-masing berbeza. Yang pandai sket, lambat sket nak burn duit. Tapi hakikatnya, duit bukan senang nak cari. Even pernah untung, namun kerugian mengatasi segalanya jika dikira balik.



Bila dah ada modal, aku try banyak benda. Dulu try masuk FIX deposit, profit tak banyak. Jual balik sijil. Last skali masuk ASB. Senang cite, duit tak burn, secure dan profit ada. Even tak banyak iaitu lebih kurang 8%-9% setahun tapi dari segi jaminan wang yang kita invest tu takkan hilang.




Tetapi manusia ni tamak, nak kaya cepat. Nak-nak bila kawan-kawan plak galakkan. HUH masa tu mulalah berfikir menggunakan kepala lutut. Otak dah taruk tepi. Simpan.

Labels: , , ,