Pendam Rasa


Seringkali Hafiz bertanyakan pasal Nadia. Kawan Leya. Dalam tak disangka sangka Leya mempunyai perasaan dengan Hafiz. Namun, pada ketika itu Hafiz hanya menganggap Leya adakah kawan biasa. Dia tidak pernah tau yang Leya mempunyai perasaan kepada nya. Kenapakah perempuan sering memendamkan rasa dan tidak mahu berterus terang?

Perhubungan mereka ibarat senior dengan junior terputus seketika kerana Leya merasa tidak selesa dengan Hafiz. Ibarat Hafiz mempergunakan dirinya untuk mendekati Nadia. Leya amat kecewa pada masa itu dan menganggap Hafiz tidak pernah mempunyai perasaan terhadapnya. Akhirnya, kisah ini terpendam selama beberapa tahun.

Setelah sekian lama menyepi, akhirnya Hafiz muncul kembali. Itupun dengan cara tak disengajakan. Banyak yang mereka borakkan, maklumlah mereka tidak pernah bersua selepas beberapa tahun. Dan secara tak sengaja, Leya telah menceritakan apa yang berlaku dahulu. Hafiz sgt terkejut dengan pengakuan itu dan pada hakikatnya, dia juga pernah menyimpan perasaan terhadap Leya dan dia beranggapan Leya sudah mempunyai teman lelaki tanpa bertanyakan secara terus kepada Leya. Itu hanya lah tanggapan Hafiz pada Leya kerana Leya tidak pernah menunjukkan reaksi terhadap perilaku Hafiz yang meminati Leya.


Memandangkan Leya dan Nadia adalah kawan rapat, apa yang terlintas pada fikiran Hafiz untuk mendekati Leya, adalah dengan bertanyakan pasal Nadia. Kawan Leya yang ternyata masih kosong. Namun, pada hakikatnya, perhubungan Hafiz dengan Nadia hanyalah kawan biasa.

Oleh kerana itu, Leya telah menganggap Hafiz telah menjadi milik Nadia dan mengambil langkah untuk mengundurkan diri walaupun Leya rasa amat perit sekali untuk melupakan Hafiz. Ya, Hafiz adalah cinta pertama Leya.
Panggilan telefon pada malam itu, terus mengungkap seribu rahsia Leya.

Sekarang mereka telah mula menghubungi antara satu sama lain.
Kalau lah dahulu Hafiz tau. Ada beza ke?

Labels: , , ,