Selamat Jalan


Bila tiba raya kelima. Semua berlumba-lumba nak pulang balik tempat masing-masing. Maklumla, biasanya start minggu depan ramai dah yang mula kerja. Aku pun sama. Sebab tu jalan pun dah jadi jem yang amat. Tapi raya punya pasal, jem pun aku telan. Pahit pun pahit la, sebab raya kan setahun skali. Bila lagi nak berjumpa kawan-kawan lama. Tak sangka town Kota Bharu yang lengang time hari biasa tetiba crowded dengan kenderaan. Nasib baik aku bawak kereta auto adik aku. Kalau naik kereta aku jawabnya krem la kaki duk pijak clutch 3 puck brand Exedy tu. Alhamdulillah, walaupun dah berkali-kali stuck dalam traffic jam, aku masih mampu menjalankan aktiviti beraya ke rumah kawan-kawan dan sedara mara.

Kepada kawan-kawan yang sedang dan ingin pulang ke tempat kerja masing-masing, aku doakan kalian semua selamat sampai. Drive lah kenderaan masing-masing dengan cermat dan hati-hati, jangan tunjuk hero, nak jadi hero gi Sepang k. Kalau penat rest tepi jalan dulu sambil makan kuih raya kerana tempat yang anda tuju tak kan lari kemana-mana :)

Labels: , , , ,