Issue: Sungguh complicated

Amer dan Duan adalah kawan rapat. Ceritanya bermula bila Amer memperkenalkan kakak kekasihnya, Mira yang masih single untuk dijodohkan dengan Duan jika Duan berkenan. Means berkenal-kenalan. Dengan harapan Duan dapat memiliki Mira. Duan mula menunjukkan reaksi positif untuk menerima Mira dan mereka mula berkenalan melalui SMS. Perkenalan itu disambut baik oleh Mira. Dengan itu, Duan dan Amer telah berkunjung ke rumah kekasih Amer iaitu Yonna dengan harapan Duan dapat mengenali Mira. Namun, pada masa itu Duan belum dapat bersua secara depan-depan dengan Mira dan hanya mampu menatap gambar Mira didalam HP Yonna.


Maka, mula lah Duan mendekati Mira melalui HP dan SMS sahaja. Dalam gurau dan tanpa niat, Duan telah terlanjur menceritakan peribadi Mira yang diberitahu oleh Amer kepada Mira. Yang mana, Mira ni adalah seorang yang choosy seperti mahukan lelaki yang tinggi, kaya dan mempunyai pekerjaan yang baik. Oleh kerana maklumat itu, Duan berasa sangat takut dan hilang confident untuk memiliki Mira kerana diakui Mira amat cantik dan mempunyai banyak pilihan lain serta mempunyai ciri-ciri yang baik. Alasan Duan menceritakan balik apa yang diceritakan oleh Amer adalah sekadar satu gurauan untuk menarik perhatian Mira dan tidak menjangkakan apa-apa. Namun ia telah menjadi satu kesilapan yang besar kerana Mira menjadi amat marah dan mula membenci Amer. Ini menjadikan Yonna lemas dan menceritakan balik hal tersebut kepada kekasihnya iaitu Amer. Amer yang amat terkejut dengan hal tersebut dan hubungan kawan antara Amer dan Duan menjadi rengang disebabkan hal tersebut dengan tuduhan Duan telah tikam belakang Amer. Duan buntu dan dia sudah tidak tahu nak berbuat apa. Apa yang dia dapat sekarang ialah Mira sudah make a move dan sudah pasti Duan tidak akan dapat mendekati mahu pun memiliki hati Mira. Duan telah cuba menelefon dan SMS Mira namun ia tiada respon. Means semuanya hancur. Adakah Duan perlu angkat kaki?

p/s : Aku rasakan seperti Duan tu under estimate pada apa yang akan berlaku kot. So sad la dengan Duan tu. Lain yang dijangkakan lain plak yang jadi. Kasihan sungguh.

*Atas permintaan, sy dah change kepada nama. But bukan nama sebenar.

Labels: , , ,