Curi Lembu

Pada masa sekarang, pelbagai kes kecurian yang pelik berlaku. Yang herannya, satu kes ni amat tragis. Dan ia memang berlaku di sebuah kampung di Kelantan. Rasanya tak perlulah aku sebutkan nama kampung tersebut. Namun ia benar-benar berlaku.

Pertamanya, aku rasa eloklah berhati-hati jika ingin membeli daging lembu atau kerbau yang dijual dijalanan kerana apa yang berlaku ini amat teruk sekali. Apa yang aku lihat ialah seekor lembu yang masih nyawa-nyawa ikan dan badan lembu itu tergolek ditanah seumpama seekor penyu pada musim bertelur. Keempat-empat kaki lembu tersebut dipotong separas peha dan ia telah dilarikan pencuri. Dimana ia dijual aku pun tak tahu. Tapi yang pasti, keadaan lembu tersebut masih lagi hidup dengan kepala bergerak-gerak dan cuba bangun. Apa yang aku tahu, mereka menggunakan ubat pelali semasa melakukan proses memotong keempat-empat kaki tersebut tanpa disembelih.

Akhirnya, lembu itu telah diselamatkan oleh pemiliknya dengan cara disembelih. Kesian kan? Hurm ada juga manusia yang jenis macam ni kat dunia.

Labels: , , ,