Dua Masalah

Lelaki dan perempuan semua ada masalah sendiri. Tapi secara umumnya aku rasa masalah ni memang selalu berlaku pada Lelaki mahu pun Perempuan.

Dua masalah dalam hidup Lelaki:

Pertama : Kewangan
Lelaki tak pandai simpan duit. Kebanyakkan mereka boros dan suka habiskan duit untuk kepuasan diri sendiri seperti hobi dan sebagainya. Sebagai contoh, habiskan duit untuk modified kereta, motosikal, PC dan sebagainya. Ada juga yang suka habiskan duit untuk pergi bersukaria dengan kawan-kawan. Sebenarnya, Lelaki ni bukan jenis yang tak pandai sangat nak simpan duit. Dia pandai, tapi kebanyakkan mereka lebih mendahului orang lain. Sebagai contoh berbelanja kawan-kawan makan dan rela habiskan duit untuk memiliki hati seorang gadis yang dia minat.

Bagi aku, itu semua tak salah, kerana mereka sedang menjalani proses alam yang biasa iaitu "Timba mencari perigi" ,cuma mereka juga perlu mengambil kira keperluan-keperluan lain yang lebih penting untuk melengkapkan proses itu dan berpada-pada lah. Apa yang menarik, di dalam kepala mereka ini hanyalah memikirkan macam mana nak cari duit. Itu je diorang fikirkan seharian.

Kedua : Perempuan
Lelaki memang tak boleh tipu pasal ni. Sebab naluri mereka memang sukakan Perempuan. Bila dah suka, dia akan cuba rapat dengan orang yang dia suka. Even dia terpaksa buat apa saja. Sebab tu, bila Lelaki yang mempunyai masalah dengan Perempuan atau GF, mereka jadi badmood, bengang, moral down dan sebagainya. Perempuan sangat mempengaruhi hidup Lelaki. sebenarnya. Cuma perempuan saja yang tak tahu. Kadangkala, disebabkan hal Perempuan, Lelaki boleh jadi sasau, tak tentu arah. Lebih- lebih lagi bila GF dia yang buat hal atau hampir dikebas orang. Itu dia paling takut.

Dua masalah dalam hidup Perempuan:

Pertama : Penampilan Diri
Masalah biasa ialah berat badan. Seperti gemuk, tak lawa, tak menarik, huduh, hidung kemik, pipi tersorong-sorong dan sebagainya. Perempuan ni sifatnya ialah dia tak pernah rasa puas dengan apa yang dia miliki. Sebagai contoh:

“ermm awk comel sangat, saya suke tengok muka awk”
Lelaki puji dengan ikhlas.

“eh awk ni, perli saya ehhh…saya tau lah saya tak lawa! Huh..”
– Perempuan pura-pura bengang.

Sebenarnya, dia susah nak terima pujian orang secara terang-terang sebab takut dikata “Angkat bakul sendiri” . Walhal, dia dengan tak sengaja amat menyukai pujian tersebut dan tersipu-sipu senyum. Malu barangkali.

Bila berat badan dia naik, dia mula risau, macam “cacing kepanasan” serba tak kena. Makan tak lalu, tidur tak lena dan sebagainya. Mulalah sibuk nak berdiet dan beli penimbang baru. Tapi kebanyakkan “hangat-hangat tahi ayam”. Boleh dikatakan 40% jadi. Cakap nak pergi YOGA lah, bersenam lah, jogging lah dan sebagainya. Mereka akan resah bila penampilan dirasakan tak menarik. Oleh itu, mereka amat menjaga penampilan diri.

Kedua : Boyfriend Buat Hal
Masalah global, BF curang, buat skandal dan SMS tak diundang. Perempuan dikenali sebagai seorang insan yang sangat setia dengan pasangan. Oleh sebab itu, mereka akan susah hati jika perkara tersebut berlaku. Ia amat menganggu hidup seharian mereka. Mereka sangat mulia sebenarnya.

shino said : "Betul atau tidak, korang fikir lah sendiri.."

Labels: , , ,