Dukung Budak

Bila tengok budak kecil, suka je nak dukung-dukung, nak riba-riba. Nak sentuh dan sebagainya. Tapi aku plak takut nak dukung budak kecik ni. Bukan aku tak suka, tapi tak berapa sangat nak ambik dukung budak kecik nih. Biasanya, kalau pergi umah kawan or sedara yang ada baby ni, aku memang takkan dukung budak tu even mak baby tu suruh baby tu pergi pada aku. Secara jujurnya, aku memang tak tahu nak pegang budak kecik. Oleh kerana kejahilan aku sendiri.

Orang kata, kalau kita tak suka pegang baby, baby tu akan tahu. Samada orang yang pegang sebab rasa sayang or orang yang pegang dia sebab terpaksa. Biasanya ia berlaku pada baby yang dalam peringkat 3 minggu hingga peringkat belajar meniarap. Dan dia akan menunjukkan reaksi seperti menangis, mimik muka dan sebagainya. Jadi kepada Si Gadis yang berpura-pura minat nak pegang baby tu, janganlah nak tunjuk penyanyang depan BF atau orang lain. HEHE~

Labels: , , ,