Dusun Buah


Buah durian ini sebenarnya adalah dari baka siam dan bukan dari baka tempatan. Buahnya mengeluarkan isi kekuningan dan biji nya kecil serta lemak rasanya. Bila buah tu mencapai pembesaran yang optimum, baru lah boleh dituai untuk diperam selama 2 hingga 3 hari sebelum ia sedia dimakan. Amat berbeza sekali dengan buah durian baka tempatan yang akan gugur bila ianya masak. Maka, operasi aku kali ini ialah ke kebun buah-buahan milik keluarga untuk mengait buah durian. Operasi tersebut menggunakan galah yang baru aku perolehi daripada pokok buluh yang terdapat di dalam kebun tersebut.


Lama dah tak buat kerja berat camni, makl
umlah hari-hari kerja dalam aircond, badan jadi tak fit. Jadi aktiviti macam ni memang boleh dianggap sebagai serampang dua mata. Bersenam sambil memunggut buah-buahan di kebun. Bila dah balik kampung halaman pada hujung minggu. Kerap juga aku ke kebun.


Lantaran pelbagai aktiviti dan perancangan parents aku yang memang berminat dengan aktiviti pertanian selaras dengan pekerjaan yang kami lakukan sekarang. Iaitu Pertanian adalah Satu Perniagaan. HAHA~

Labels: , , ,