Going Place


HUH~penat dan amat berperasaan sungguh. Bila nak tulis entri pasal perasaan ni memang kena menjiwai lah. Kekadang terbawak-bawak dengan apa yang ditulis. Sebenarnya, Aku kurang sihat buat masa terdekat ni. Sebab tu lah semua entri nampak macam agak pelik. Bila dah masuk hantu ni. Memang jadi tak tentu hala. Tulis blog ni macam main "putri" or main "kuda kepang" dan "barongan" juga. Bila tulis dengan perasaan, ia datang dan membawa kita ke dunia fantasi. Kalau tak percaya, cuba.

Cuti sekolah dah nak start. Apa kata kalau pergi holiday ke. Jalan-jalan ke. Boleh gak tukar suasana. Biar ceria sikit. Ambik mood baru. Aku pun dah lama tak gi bercuti. Besok nak hantar TNT. Boleh buat duit poket sket. Passport aku pun dah lama tak di cop nih. Rugi plak bila tak digunakan. Dulu buat RM 300. Baru pakai sampai page 6. Sebelum tu, kena apply cuti dulu. Pastu kena set dengan kawan aku. Nak pergi holiday mana? Dia pun dah lama tak gi holiday ni. Kalau ikutkan kerja. Sampai mati pun tak habis. Tapi usia, makin lama, makin tua. Bila dah tua, duit banyak pun tak guna. Sebab tak larat dah nak pergi jalan-jalan. Makan-makan angin.


Lagipun, aku pun sejak kerja kat sini, Aku rasa macam tepu je sebenarnya. Jadi, kalau tak dibendung, alamaknya makin berkerut lah dahi aku. Kena cergas dan jangan duk terperap macam lepat pisang, akhirnya basi disitu juga.
Destinasi seterusnya ialah gangbang trip.. pergi mana? Aku tengah fikir nih.

Labels: , , , ,