Hujan Lagi


HUJAN..oh hujan... Sejak hari khamis lagi, langit tak pernah cerah. Sampai lah malam ni. Nasib baik ade jentera ni. Leh la bawak ke hulu ke hilir. Kalau naik motor, tak kemana aku. Bila musim hujan dah tiba, mula lah nak mengada-gada dan mengidam nak makan masakan panas. Macam sup ke, ubi kayu rebus ke, nasi kukuh ayam bakar dan lain-lain.


Kepada mereka yang mempunyai kenderaan berjentera turbo mahupun N/A, berhati-hatilah memandu kerana pada masa ini kereta anda mudah untuk hilang kawalan. Jangan pulak, mentang-mentanglah jalan basah dan licin, jangan lah anda berlagak poyo dan membuat aksi drift di jalan raya, kerana aksi itu tak guna satu sen pun. Silap-silap kereta anda ke parit. Sebenarnya, aku baru sahaja menonton satu kemalangan secara live didepan mata aku sendiri. Kesian.

Labels: , , ,