Insentif

Aku terpadang satu benda semasa aku check senarai penerima insentif pengeluaran hasil ladang akuakultur. Kelakar gak sebab ada juga nama tempat yang weird macam tu. Sori kalau ada pembaca yang berasal dari kampung tersebut. Unik sangat nama dia. HEHE~


Bila diselidik dan dikenalpasti, apa yang aku tau, kebanyakkan pemohon mengemukan permohonan dengan data pengeluaran yang sangat tidak logik walaupun ia disokong dengan resit pemasaran bertulisan tangan.

Jika dikira dengan kadar hidup ternakan sebanyak 70% sepanjang ternakan, ada juga pemohon yang menjual ikan dengan nilai hanya berat sebanyak 55gram/per ekor. Ikan yang aku maksudkan ialah ikan Keli. Tempoh ternakan pula ialah selama 6 bulan. Jika difikirkan dengan akal yang rasional, data tersebut memang langsung tak logik dan tak boleh diterima pakai. Kalau betul lah, besar manakah ikan tersebut?? Takkan ambik masa sampai setengah tahun hanya dapat reach seberat tu?? Then, boleh dipasarkan pulak tu?? Berdasarkan resit dan bil yang dikeluarkan oleh pemborong. Waghhh .. hebat sungguh.

Bak kata orang kalau nak menipu tu berpatut-patutlah. Apa lagi jika bantuan ini adalah dalam bentuk wang ringgit yang dibayar melalui Agrobank oleh Kerajaan. Maka, ada juga yang ingin mengambil keuntungan keatas dana tersebut. Berikut adalah kadar perkiraan insentif :

Kadar Insentif/Kg.
RM 0.825 ( bagi penternak separa komersil Air Masin)
RM 0.57 ( bagi penternak separa komersil Air Tawar )
RM 1.65 ( bagi penternak kecil )

Berikut adalah tempoh ternakan:
Kerapu, Ikan Merah, Jenahak, Tilapia dan Patin (6 hingga 8 bulan)
Keli ( 3 bulan)
Udang Putih, Udang Harimau (4 bulan)
Udang Galah (6 bulan)

*Ia sekadar panduan dan maklumat kepada pembaca.

So, siapa cakap pertanian itu tak menguntungkan? Dahla jual hasil dapat untung, pastu dapat pula duit lebih bila bagi resit jualan tu. Baik sungguh kerajaan kepada rakyat.

Labels: , , ,