Karat Lagi


Dulu aku pernah tulis entry pasal air berkeladak, sekarang ada pula isu lain. Aku heran kenapa pisau tu boleh jadi berkarat? Ia berlaku serentak. Aku tak pernah jemur benda tu kat tengah hujan, guna untuk tebang pokok atau rendam dalam air masin. Ia hanya digunakan untuk memotong bawang, buah –buahan dan daging mentah sahaja. Jari pun tak pernah.

Yang herannya, benda tu aku beli tak sampai dua minggu. Lepas je pakai, aku basuh dan terus taruk kat rak tepi singki. Pada mulanya, kesannya hanya sedikit. Bila dah lama, ia melarat dan terjadi pada semua benda. Especially pada pisau. Yang parang tu pun kena jangkitan karat tu jugak.

Bila jadi gitu, aku mula la sibuk nak tanya. Bila disurvey, diorang yang tinggal kat area sini memang dah lali dengan perkara tu. Mereka cakap, sumber air yang disalurkan oleh Syarikat Air Kelantan di kawasan perumahan aku mempunyai banyak unsur logam berat. Maka, ia memberi kesannya kepada benda-benda besi tu. Yang heran, sudu tak plak berkarat. Mujurlah.

Daripada penerangan panjang lebar oleh seorang jiran bekerjaya sebagai guru sekolah. Maka, bolehlah aku percaya. Setakat mana kesahihan ceritanya, aku pun tak berani nak komen. At least ada jugak info kan. Walaupun tiada kajian khusus dilakukan untuk menentukan kesahihan cerita itu. Apa yang penting ia memang berlaku.

Labels: , , ,