Karenah

Pernah tak korang pergi shopping bersama perempuan. Aku pernah, mulanya aku yang nak shopping seluar, mereka berat nak ikut. Kata mereka, malas lah nak shopping lagipun tengah sesak ni. Sebab tengah bulan. Gaji pun tak masuk.

Kalau macam tu, biar aku je yang beli. Korang tak payah beli. Jalan-jalan sambil survey dah. Ok, nak dijadikan cerita, ayat pertama aku ialah "perempuan memang suka shopping" aku akui.

Tak sampai 10 minit jalan. Mereka mula menunjukkan reaksi tindak balas itu. Tangan mereka jadi gatal tiba-tiba. Pegang tu, pegang ni. Belek baju ni, belek baju tu. Last-last aku plak yang teman mereka shopping. Bila dah belek-belek baju, try plak kat badan. Aku tengok sambil senyum.

"Lawa tak baju ni" - Tanya perempuan itu
"Ermm.. kaler die tak masuklah. Tak lawa sangat" - Jawab Aku

Dia letak balik baju tu dan terus mencari-cari lagi baju yang sesuai. Abis pusing satu gedung kami tawaf. Try yang ni, try yang tu. Masih tak puas hati.

Dekat 1 jam kami teman dia pilih baju. Last-last pergi balik tempat tadi. Dia tanya aku lagi.

"Yang ni lawa tak?" - Tanya perempuan itu
"Lawa lah jugak....bolehla. Sesuai sangat ni" - Aku cakap gitu sebab malas nak pusing-pusing lagi.

Tanpa banyak songeh, dia terus je bayar baju itu. Aku senyum.

Daripada story ni aku rasa, kalau nak keluar shopping dengan perempuan, tak kira lah, yang tua atau muda. Si Jejaka harus lah bertindak positif terhadap pilihan mereka. Bila dia tanya, korang cakap je:

"Pergghhhh lawa. Saya tak pernah tengok perempuan pakai baju lawa macam ni"

atau,

"Pandai awak pilih..sesuai sangat!"

atau,


"Hurmmm.. i tengok ..masuk lah dengan kulit you"

atau,

"Wah lawanya, nak beli ah satu.."

Pilih yang mana sesuai..

Dengan respon yang positif ini pasti Si Gadis akan merasa selesa dan gembira. Anda pasti tak perlu tunggu lama untuk melayan karenah mereka ini ...
Kalau tak caya cuba lah HEHE~ . Noktah.

Labels: , , ,