Keluar Besiar

Kalau korang nak keluar dengan perempuan, baik bagitau paling kurang 45 minit hingga 1 jam awal kerana perempuan ni kalau bab bersiap memang lama. Kalau korang pergi ambik diorang konon-konon nak surprise or keluar dengan cara tak sengaja jangan haraplah mereka boleh keluar begitu sahaja sebab ia pasti menghampakan anda. Kerana korang pasti akan menunggu lama sambil menghabiskan sekurang-kurangnya 5 buah lagu yang dimainkan oleh cd player kereta korang.

Jadi bagi aku, perkara macam ni memang dah biasa sangat. Dan aku jamin semua pernah alami perkara seperti ini. Mereka amat pantang kalau dah janji, tiba-tiba tak jadi. Sebabnya, mereka dah habiskan banyak masa nak tacap muka, make-up lagi, padankan pakaian dan mandi secukupnya. Maklumlah, nak nampak menarik dan wangi selalu. Kalau tak wangi dan cantik ia bukanlah perempuan, tetapi kambing Jamnapari asli. HEHE~

Kalau perempuan dah berang, buat semua benda pun jadi tak selesa. Ada je benda yang tak kena. Jadi untuk menjaga perasaan itu, haruslah lelaki banyak bersabar dan jika di tanya oleh mereka, jawablah dengan baik-baik seperti ;

“sorryla, I lambat sikit”
- Perempuan dengan rasa tak bersalah dan dia senyum tersipu-sipu.

“Takpelah, lagipun I baru je sampai”
- Korang harus melakonkan watak senyum umpama kerang busuk yang siap direbus.

Labels: , , ,