Lampu Isyarat

Dalam satu kes mahkamah, seorang pemandu telah ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan lalulintas. Perbicaraan telah berlaku disebuah mahkamah dan pemandu tersebut diarah untuk membela diri ;

Pendakwaraya: Kamu tahu tak? Kamu telah melakukan satu kesalahan lalulintas.

Pemandu : Apa salah saya tuan?

Pendakwaraya:Kamu bersalah kerana melanggar lampu isyarat dan membahayakan pemandu lain. Oleh itu, kamu harus dijatuhkan hukuman kerana kesalahan itu. Kamu ada apa-apa lagi untuk diberitahu kepada mahkamah?

Pemandu :Tapi tuan, pada masa itu, saya rasa saya tak bersalah tuan, kerana apabila lampu kuning menyala. Saya lihat kenderaan milik istana meluru memecut apabila lampu isyarat bewarna kuning dan saya diarah berhenti pada masa itu. Dan bila lampu itu bertukar kepada hijau. Kenderaan milik tentera tidak teragak-agak memecut pada waktu itu. Saya terpaksa tunggu lagi. Sehinggalah lampu itu bertukar kepada warna merah. Pada masa itu, saya fikir lampu merah adalah milik saya dan saya mula memecut bila lampu isyarat itu bertukar kepada merah.

Labels: , , ,