Mabuk

Masa Raya Korban yang lepas-lepas aku sudah biasa melapah lembu dan kambing yang selesai disembelih. Bukan setakat tu sahaja, aku juga tidak takut membersihkan darah yang berselerak di kain juga di bekas. Aku memang tak takut darah.

Suatu hari, semasa selesai rawatan tu. Aku cuba menukar kapas pada luka di suatu bahagian badan. Bila sahaja aku cuba tengok darah tu yang melekat pada kapas tu, aku jadi pucat tiba-tiba, rasa mual yang amat sangat. Sesak nafas dan tiba-tiba penglihatan macam kabur-kabur. Tiba-tiba rasa nak mengigil. Rasa mual menjadi-jadi dengan tiba-tiba. Aku jadi kelam kabut dan kaki terasa lemah longlai. Aku cepat-cepat duduk di sofa. Pada masa tu, aku tenangkan diri dan berfikir. Heran sebab tak pernah aku jadi begitu. Badan aku tiba-tiba berpeluh dingin. Tak henti-henti. Aku tercungap-cungap. Adakah ia kesan ubat yang aku makan? Atau ia mungkin sebab fobia masa rawatan tu.

Labels: , , ,