Masa Bertenang


Musim hujan telahpun tiba, pada masa ni, kanak-kanak riang bermain hujan. Lebih-lebih lagi musim cuti sekolah dah tiba. Tapi awas, malang tak berbau. Anak-anak tidak harus dibiarkan bermain air sewenang-wenangnya.

Pada masa musim tengkujuh ini, secara tak langsung ia memberikan kesan perkembangan industri hiliran seperti pembuatan keropok, budu dan sebagainya. Selain, itu perkembangan industri pertanian seperti ubi vitato, ubi kayu dan keledek banyak mendatangkan keuntungan kepada masyarakat di sebelah pantai timur. Ini sedikit sebanyak memberikan sumber pendapatan alternatif kepada penduduk di persisiran pantai yang mana mereka tidak hanya bergantung kepada hasil tangkapan laut semata-mata.

Monsun Timur Laut bermula pada Oktober hingga Mac sudah menjadi kebiasaan dan bagi mereka ini yang mengusahakan aktiviti menangkap ikan. Pada masa ini mereka banyak menggunakan masa terluang untuk memperbaiki jaring, bot dan peralatan menangkap ikan supaya ia dapat digunakan kembali setelah musim tengkujuh berakhir.

Pada masa ini, aktiviti perlancongan ke Pulau Redang, Pulau Perhentian dihentikan buat seketika dan pengusaha-pengusaha chalet menggunakan masa ini untuk membersihkan kawasan pulau, membaiki kerosakan bangunan dan membuat persiapan setelah musim tengkujuh berakhir. Boleh dikatakan pada musim tengkujuh, adalah tempoh bertenang bagi mereka.

Labels: , , ,