Memo

Selesai rawatan small surgery, aku cuba baca memo yang ditulis oleh doc tu dalam satu paper yang diletak pada meja untuk diberikan kepada pembantu perubatan. Oleh kerana aku ingin tahu apa yang doc tu tulis, aku jenguk dengan bersemangat.

Aku terkumit-kumit mengeja setiap huruf perkataan dalam kertas tu. Seperti seorang bomoh membaca jampi serapah. Namun, hampes belaka. Aku tak paham ape yang doc tu tulis sebab tulisan dia amatlah teruk. Aku hanya nampak macam contengan budak tadika KEMAS yang mula-mula belajar menulis.

Mungkin sebab keselamatan kot mereka bertulisan seperti itu atau dia tidak mahu orang lain membaca tulisan itu. Manalah aku tau, lupa plak nama doc tu sape. Tapi yang pasti doc tu doc perempuan.

Oleh itu, aku mencadangkan bahawa doc diberi kursus penulisan mengenal huruf atau back to basic. Maka, kenyataan "Tulisan ko ni teruk macam tulisan doktor" boleh diterima pakai HEHEHE~

Opss sori doc, aku sangat menghargai budi mu merawat sakit ku ini. :)

Labels: , , ,