Pain


Kepala terasa pening. Sakit sangat. Memang dah lama dia rasa. Tapi kali ni, ia datang lagi. Mencucuk. Berdenyut-denyut seperti bom jangka. Pandangannya jadi kabur. Kelam. Dia rebah dan hilang….

Bila dia sedar. Dia jadi lemah. Tangan mencari-cari panadol disebelah laci almari. Telan. Pejam mata. Tahan sakit dan dia terlena lagi..

Bangkit lagi.. kepala dirasakan berat. Mencapai towel. Bersiram…

Siraman air bersih yang dingin mengalir diseluruh tubuh. Terasa panas darah yang mengalir dibadannya. Dia merautkan wajahnya. Lihat dicermin. Lebam matanya.. Lesu. Dia mengeluh panjang.. tanpa disedari matanya mengalirkan sesuatu bersama air siraman itu...

Labels: , , ,