Pelbagai Bentuk

Perempuan cantik dan seksi. Bagi sesetengah lelaki, perempuan cam gini, biasanya jarang dijadikan pilihan untuk menjadi teman hidup. Kerana bagi mereka, ia lebih kepada nafsu semata-mata dan secara tak langsung berlaku pengeksplotasian. Guna kecantikan untuk promosi, untuk cuci mata dan akhirnya mereka terjebak ke kancah maksiat.

Bila perempuan itu seksi, ditambah plak dengan lawa, memang ramai lelaki yang tergila-gila. If perempuan itu tidak dapat mengawal diri mereka dari tertipu oleh lelaki-lelaki buaya, mereka sering menjadi mangsa. Dalam soal ni, aku rasa tak wajar lelaki dipersalahkan 100% kerana ia berlaku atas dasar dorongan seperti berpakaian seksi dan ini akan menarik perhatian lelaki-lelaki tak kira muda atau telah tua. Perempuan seperti ini sering menjadi tumpuan mata-mata lelaki yang sudah pasti tidak akan melepaskan peluang melihat susur tubuh yang amat mengiurkan itu.

Pada aku, samada perempuan itu seksi atau tidak, ia terpulang pada perangai dan tingkahlaku mereka. Kerana sudah terlalu banyak kes perempuan yang dilihat amat sopan, bertudung dan tak seksi mempunyai perlakuan melebihi perempuan seksi. Isu ini sering mengabuli penglihatan. Namun, bagi aku, tak kira apa jua bentuk mereka datang, yang penting perempuan harus pandai menjaga diri dan pergaulan bagi mengelakkan mereka terjebak.

Kepada perempuan yang telah terjebak, berubahlah untuk menjadi lebih baik dan perbaiki lah diri. Kerana, ini adalah lebih baik daripada terus melalui kehidupan seperti itu.

Labels: , ,