Perasaan dan Halatuju

Susah sangat untuk lelaki mengetahui perasaan seorang perempuan samada mereka menyukai lelaki itu atau sebaliknya. Perkara seperti ini sering menjadi masalah dan persoalan yang sukar untuk dicungkil oleh mereka tak kira lelaki atau perempuan.

Bila bercakap macam ok je. Bila tengok respon macam ok je. Tapi dalam hati siapa pun tak boleh nak baca sebab ia terlalu sulit dan sukar untuk ditafsirkan. Jika disalah tafsir, kita akan merana sendiri dan jika ditekan-tekan, ia menjadi tidak selesa. Pada peringkat ini, anda akan jadi lebih sensitif terhadap apa jua perkara berkenaan si Dia. Itu adalah perkara biasa berlaku. Bagi lelaki, mereka sering lupa berkenaan tarikh-tarikh penting, atau hal berkaitan si Dia yang pernah diceritakan. Kerana kebanyakkan lelaki amat kurang peka berkenaan hal ini. Berbeza dengan perempuan, hati dan jiwa yang sangat lembut, mudah tersentuh dan amat detail ini sering menjadi masalah kepada lelaki. Oleh kerana itu, sikap perempuan yang lembut dan mudah mengalah ini seringkali menawan hati lelaki. Ia adalah senjata yang paling tajam sebenarnya. Secara tak langsung, ia amat memberikan impak yang besar kepada lelaki. Lelaki yang pernah melakukan kesilapan, namun masih dimaafkan oleh perempuan menyebabkan perasaan sayang dan kasih bertambah-tambah dalam jiwa lelaki. Oleh itu, maafkanlah lelaki, kerana memaafkan kesilapan orang lain adalah jalan penyelesaian yang paling baik.

Apabila timbul perasaan suka dan terkenang-kenang tu, secara tak sengaja timbul pula perasaan rindu dan jikalau ia mencapai tahap yang klimaks, itu tandanya anda sudah mula jatuh cinta. Bila jatuh cinta, mulalah timbul perasaan sayang.

Perasaan cinta itu datang tanpa disedari, ia adalah anugerah yang tiada ternilai kepada lelaki dan perempuan. Namun, jika berlarutan, perasaan ini boleh menjadikan anda leka. Inilah meriahnya bercinta. Bila hati sudah terpaut, semuanya indah belaka. Umpama dunia milik mereka berdua Begitu agungnya perasaan cinta.

Setelah perasaan itu wujud dalam diri, dan si Dia menerima dengan rela, maka mulalah mereka merancang dan mengharapkan sesuatu yang lebih utuh. Oleh itu, proses tersebut diteruskan dengan ikatan pertunangan dan akhirnya diakhiri dengan perkahwinan.

Mudah sekali sebenarnya perjalanan hubungan ini jika disimpulkan begitu. Namun, setiap pasangan yang melalui proses ini pasti tidak akan lupa setiap fasa peralihan bermula dengan sesi perkenalan sehingga kepada alam perkahwinan kerana ia amatlah rumit dan penuh dengan dugaan. Bagi mereka yang berjaya mengharungi cabaran ini sehingga melangkah ke alam perkahwinan sememang patut dibanggakan.

Bagi yang kecundang, anggaplah ia sebagai satu pengalaman yang amat berharga untuk anda. Kerana setiap pengalaman itu adalah satu anugerah yang tak mungkin dimiliki oleh orang lain. Dan, bukalah pintu hati anda untuk menerima insan lain yang lebih layak kerana tiada gunanya jika dikenangkan si Dia yang sudah pergi meninggalkan anda. Kerana ia tidak memberikan apa-apa keuntungan kepada anda. Percayalah bahawa setiap kaum Adam diciptakan untuk kaum Hawa dan begitu juga kaum Hawa adalah diciptakan untuk kaum Adam. Semuanya telah ditentukan oleh Nya dan sebagai seorang insan yang lemah, kita harus berdoa kepadaNya dan dipermudahkan perjalanan hidup ini.

Dalam usaha mencari pasangan hidup yang ideal, terdapat garis panduan yang sedikit sebanyak membantu seperti, carilah pasangan yang berketurunan baik, berpelakuan baik, tidak berpenyakit, berharta, dan cantik. Namun, yang paling utama ialah si Dia mempunyai asas agama yang kukuh. Asas agama yang kukuh menjadi tonggak pembangunan institusi kekeluargaan yang utuh dan menjamin kebahagiaan sejati.

Labels: , , ,