Terjun Bangunan

Gerun jugak bila duduk atas bangunan tinggi ni. Buatnya time aku jenguk-jenguk bawah tu. Tetiba ada plak budak bengong main tolak-tolak aku dari belakang. Silap haribulan boleh arwah ni. Bila tengok bawah ni, aku rasa gerun sangat. Mungkin aku takut pada ketinggian kot.

Agak-agak kalau terjun ni hidup lagi ke tak hah? Susah jugak nak jangka kan. Kalau hidup pun aku ingat dah memang sengsara habis. Kalau aku ni
superhero macam Spiderman ke, slumber je main panjat-panjat kat celah-celah bangunan ni. Tapi itu hanya angan-angan budak nakal sahaja. Mana orang ada kuasa macam super hero tu.

Bila cakap pasal bangunan opis yang tinggi ni, selalu je ada sejarah. Ada dengar cerita orang terjun sebab tensen kerja lah, apa lah, masalah keluarga lah, hutang lah dan sebagainya. Dasyat betul.
Stress macam tu skali.

Oleh itu, janganlah
tensen-tensen ok? Sebab kalau tak pernah ada masalah, hidup ini memang tak meriah. Kena ada pasang surutnya, macam air laut.

Labels: , , ,