Buluh Perindu

Kalau mizzamy buat entri pasal Batu Serai. Now, aku pulak akan buat entri pasal “barang baik” yang digunakan sejak dahulu kala. Adakah ia sebagai salah satu perubatan tradisional atau tidak, aku tak mahu komen. Cuma aku nak tunjukkan barang asli yang sempat aku snap semasa ke rumah seorang bomoh di suatu tempat. Pernahkah anda mendengar pasal Buluh Perindu? Bukan Buluh Emas yang investment tu tau!

Buluh Perindu sememangnya wujud. Menurut bomoh tu, benda ni bukan senang untuk ditemui dan ia dijaga oleh penjaganya sendiri iaitu makhluk halus. Penggunaan buluh perindu biasanya dikaitkan dengan tujuan memudahkan pertemuan jodoh, penyeri wajah, atau sebagai pelaris perniagaan serta menghadiri temuduga dan sebagainya. Nak cakap percaya atau tidak, aku pun susah nak cakap. Tapi orang cakap berikhtiarlah kerana ia adalah satu usaha dan dengan kuasa Allah s.w.t maka, jadi lah ia.

Jika ditaruk buluh perindu tersebut didalam minyak bunga Tanjung Asli maka bolehlah ia dipakai sebagai penyeri muka. Insyallah mujarab. Yang penting, niatnya harus betul. Kalau tak silap aku, sesiapa yang berminat bolehlah mendapatkan barang tersebut sebagai koleksi peribadi dengan harga kurang RM50. Berminat? HEHE~

Sesungguhnya, alam ghaib itu wujud dan kita sebagai manusia harus selalu beramal dan janganlah melakukan perbuatan khurafat kerana ia adalah berdosa disisi agama. Wallahwallam.
.

Labels: , , ,