Diskriminasi

Suatu hari aku menghadiri satu majlis keramaian makcik aku. Maka, kami datang meramaikan majlis. Maklumlah, mak sedara kan. Kenalah pergi kalau dah kena invite ni. Tak pergi kan tak sedap plak. Selesai makan, maka makcik ajak kami sembang. Tengok-tengok adalah sorang mamat tuh. Macam kenal tapi ingat tak ingat je. Selama ni, tak pernah plak aku jumpa mamat tuh datang bertandang ke rumah makcik aku, last jumpa masa umur 9 tahun. Masa kecik dulu.

Kami yang kekenyangan, melayan sembang dengan semua kat situ, maka, dia memperkenalkan mamat tu. Padahal aku memang dah kenal. Tapi lama gile tak jumpe. Sedara jugak la. Tapi, lain-lain nenek.

Maka, mulalah sesi perbualan tu. Bukan ape, silap aku gak tanya, mamat tu kerja kat mana. Maka dengan bangga, mamat tu bercerita tentang perniagaan beliau. Layankan jela. At least, ada jugak info yang aku dapat.

"eh korang mintaklah bisness kad tu. Manelah tau boleh blaja bukak bisness ke lepas ni. Boleh hidup senang nanti..."

Seloroh makcik aku sambil jeling-jeling dan berlagak macam best. Eh eh lebih-lebih la plak kan?

Kami ambik kad bisness tu. Tapi time tu, aku rasa macam kami ni satu sen pun tak guna. Rasa macam sampah je dan taktau apa-apa. Dulu, masa mamat tu tak kaya raya macam sekarang takde plak dia sibuk-sibuk nak cerita, nak ajak-ajak jauh sekali. Now, bila dah berjaya, sibuk je puji, ajak join programlah dan macam-macam lagi. Yang kami duk sebelah takde plak dia nak ajak.

Nak-nak pula sebijik Kereta Toyota WISH yang baru keluar kedai parking plak depan-depan tempat kami makan. Dah la block jalan, takde plak disuruh alihkan. Lagilah kencang mamat tu kena puji. Hish terbakar kami. Tapi kami tak dengki, sebab dia tuh kan sedara kami jugak. Maka, tumpang gembira jugalah seposen. Maklumlah, dulu mamat tu tak kerja, takde kelayakan pelajaran lagi. Now, dah senang semua puji peringkat dewa.

Kalau dah kaya-raya ni, tambah plak ada kereta mewah sebijik, kalau cakap dia kaya sebab jual kacang goreng pun semua orang percaya. Bila bukak mulut je, semua angguk macam ayam patuk sagu. Tak kiralah mamat tu rambut panjang berserabai ke, seluar jean compang-camping pun takde sape nak tegur. Tapi, kalau duit tarak, takde status, pakai cincin kat jari telunjuk pun boleh kena tegur. Macam sepupu aku tu. Kalau rambut panjang lak kena perli dan ditegur. Inilah hakikatnya.



Labels: , , , ,