Gelombang Pertama

9.00mlm

Air mulai naik seawal pukul 9.00 malam. Masa tu aku asyik menonton perlawanan EPL antara pasukan fav. aku MU vs Man. City. Jangkaan awal ialah air xmungkin melepasi paras ke lantai rumah. Tapi jangkaan itu meleset.

10.15mlm

Setengah jam kemudian, air sudah pada paras lantai rumah. Kami bersedia mengangkat segala barang elektrik dan kabinet. Maka, aku tak sempat menonton keseluruhan games MU tadi. Pada peringkat ini, semua barang-barang dan sofa di tingkat bawah perlu diangkut ke atas.

12.45 mlm

Akhirnya, rumah kami tak ubah seperti kolam ikan konkrit. Menurut penduduk yang menetap di sini sejak 11 tahun lepas, ini adalah peristiwa pertama. Banjir oh banjir..

1.30 pagi

Pagi tadi, aku naik office lambat. Nak buat camne, banjir punya pasal. Maka, petang ni aku akan meninggalkan Kota Bharu menuju ke Putrajaya. Menyelamatkan diri ke?

Aku stay sana sampai 5hb December ni. Lehla relek2 sket. :)

Labels: , , ,