Kereta Sukan

"Ko nak kereta ape? BM ke..? Jap...saya ambik kat belakang.."

"Nah kereta BM.."

Mamat tu hulurkan kunci kereta BMW...ehh bukan kunci! tapi keretalah..

Waghhh macam real je mamat tu. Dia bagi aku dengan air muka penuh bangga. Senang-senang je kan, aku dapat kereta BMW tu. Toys pun toys lah. Maklumlah dah isi mintak full tank. Pepun, janji dapat kereta. So, tak payahlah aku nak kejar PETRONAS HOT CARS tu kan. Tapi kan, Kalau dapat yang real kan bagus. Bila cakap pasal kereta BMW ni, semua orang kenal. Even, budak umur 5 tahun pun tau. Betapa gah nya nama kereta buatan "jermen" tuu kan??

Owh lupe aku nak snap pic keta BMW tu. Yang gambar atas tu ialah kereta EVO 10 dan sebuah lagi kereta Polis "jepang" kalau tak silaplah. Toys tu, kawan aku yang kasik masa dia balik dari jepun dulu. Aku simpan sampai sekarang.

Ada satu lagi kereta yang aku ada, lupa nak ambik pic. Kereta Ferrari F40. Aku dapat Ferrari masa isi minyak SHELL kat town Kulai masa aku kerja kat Johor dulu. Now, aku dah ada empat (4) buah kereta sport senang-senang HAHA~ dan satu buah kereta buatan Malaysia. Jadi, semuanya ada lima (5) lah. Tapi yang buatan Malaysia tu je yang paling banyak berjasa dan paling mahal antara kelima-lima kereta tu.

nota kaki:
Jepang = Jepun
Jermen = Jerman

Labels: , , ,