Lapar Oh Lapar

Semalam aku kuar dengan kawan, gi ronggeng area WCY (stands for Wakaf Che Yeh)dat one is the biggest pasar malam kat Kelantan actually. Jalan-jalan isi masa lagipun dia teringin sangat nak ke sana setelah hampir 2 tahun dia tak ke sana. Jadi selaku kawan baik, aku bawak lah jalan-jalan sana. Even hujan renyai-renyai keadaan di pasar malam memang tak lekang dek manusia yang datang bergerombolan. Ramai tul manusia dengan pelbagai ragam. Yang comel mahupun yang sengal.

Oklah tutup cite pasal pasar Malam WCY tuh. Bila puas jalan-jalan, pusing-pusing dan mencuci mata disana. Kami bergerak mencari makanan disekitar area Kota Bharu The Islamic City. Oleh kerana masih dengan cuti perayaan Aidil Adha, kebanyakkan kedai makan memang banyak yang belum stat berniaga. Samada tokey kedai mabuk daging atau sibuk kemaskan rumah sebab banjir,manalah aku tau sebab aku blum sempat buat survey lagi HAHA~

Maka, singgahlah kami disebuah kedai makan area KG. Sireh. Kalau tak silap aku, ade 3 buah kedai makan area situ. Maka, atas idea best kawan aku, aku pilih kedai yang paling ramai pengunjung. Reason : Ramai orang sebab sedap. Duduklah kami dan mula order makanan dan air. Maklumlah, perut kami dah mengelegak kelaparan.

Sambil tunggu makanan sampai, kami sembang panjang. Sembang kosong, sembang bernas, sembang pasal macam-macam dan gosip-gosip lain. Setelah hampir 40 minit tunggu, makanan kami tak sampai-sampai. Aku dah naik geram, panggil pelayan yang budak tu, nak panggil yang hitam gemuk berjambang tu, tak berani lak HAHAHA~ silap-silap kena sound je. Kami tanyakan order kami.

Air milo ais dah tinggal suku gelas dah ni, tapi makanannya tak sampai-sampai. Bila tengok awek sebelah yang datang awal dari kami pun lum dapat makan lagi. Alamatnya, lambat lagi lah turn kami. Gerammm jek. Punya lah beso kedai, order pun bukannya yang pelik-pelik. Lain la kalau aku order hidung harimau goreng sambal ke? Ni order nasi goreng kampung je. Kalau aku masak sendiri pun pakai kaki je. Senang siot nak wat benda tu. Gerammm Gerammm..

Sampai 1 jam 15 minit baru makanan kami sampai. Kami makan dengan rakus dan ganas. Rasa nak telan semua garfu dengan sudu-sudu sekali sebab tersangat lapar dan bengang. Kami tak hirau dah sekeliling. Makan punya makan. Lapar ni, lapar.

Habis makan, rasa marah tu hilang sikit. Mana tak. Perut dah kenyang bak kata orang "Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati". Maka, wujudlah pantun tersebut.

Labels: , , ,