Belajar


"Ko nak cakap ke …Ko nak marah?
Kalau ko nak marah. Aku nak blah dulu. Tapi kalau ko nak cakap, ko cakap elok-elok sebab aku takde masa nak layan bila ko marah"

Dia bengang. Pukul meja dengan tangan. Aku peduli ape, kalau ko nak tendang meja pun aku tak kisah beb. Lantak ko lah. Meja tu pun bukan aku yang punya.

Suatu hari, dia datang cari aku, katanya nak mintak tolong. Dia bagitau, dia ada masalah besar. Aku cakap, aku oke. Aku bleh je tolong. Sebab aku tak simpan dalam hati. Pastu, aku tolong die selesaikan masalah dia. Dia lepas.

Pastu adalah satu kes, aku terlibat gak. Tapi sebagai planner je bukan full terlibat. Dia cakap yang bukan-bukan hal aku. Dia cakap tu semua salah aku. Aku naik bengang sebab mula-mula memang tu idea dia. Aku bagi jalan je. Aku fed up bila dia mati-mati cakap kat orang aku yang buat salah. Busuk nama aku. Aku oke tapi siap la ko nanti. Aku mula simpan dendam. Bukan nak kenakan dia balik tapi aku dah start beringat dari sekarang.

Suatu hari, dia datang lagi, dia ada masalah lagi. Yang ni lagi besar. Aku serba salah nak tolong tapi aku kasihan. Aku tolak cara lembut. Aku cakap, aku dah try selesaikan tapi aku dah tak mampu. Padahal aku memang tak buat pape. Ko tau tak ape yang ko telah ajar aku? Ko ajar aku jadi pendendam.

Labels: , , ,