Bermula Tahun 2009


Tak sangka dah masuk tahun baru. Macam sekejap je kan? Bila cakap pasal tahun baru, mesti aku tertanya-tanya apa azam baru aku tahun ni.

Biasanya, kalau masa sekolah dulu, cikgu selalu gak tanya;

"Apa azam baru kamu tahun ni?"


Jawapan biasa ;

"saya nak belajar bersungguh-sungguh dan berjaya dalam hidup."
(ayat poyo seorang budak skema)

Kalau sekarang, bila orang tanya, aku jadi serba salah je. Sebab nak letakkan satu azam tu kena buat kajian dulu dari segi kewangan, pekerjaan, lifestyle dan keperluan-keperluan lain yang lebih perioriti. So, bagi aku, azam ni adalah satu misi atau visi atau target yang harus aku kejar dan capai dalam masa setahun. Macam SKT (Saranan Kerja Tahunan) kerja gak.

Dari segi kewangan juga harus berkadar terus dengan keperluan dan life seharian. Biasanya, tinggi nafsu, tinggi lah belanja. Kalau nak reach target kena ada modul operandi yang betul. Oleh itu, kalau nak gain more money, kena kerja lebih sikit dan cari peluang yang lebih. Hurmm… rasanya, “memperbaiki taraf kewangan adalah salah satu azam baru aku tahun ini”.

Berdasarkan keperluan-keperluan hidup yang kian mencabar, aku rasa, adalah penting sekiranya lebihan belanja perlu diserapkan ke akaun simpanan bagi tujuan investment dan reserved hidup. Ini penting sekiranya berlaku perkara-perkara yang tidak diingini diluar jangkaan.

Oleh kerana, keadaan ekonomi dan harga minyak yang kurang stabil disamping penjimatan bahan bakar, aku rasa elok juga sekiranya sedikit dana dilaburkan untuk perolehan kenderaan seperti motosikal dibeli bagi penggunaan harian kerana penggunaan kereta agak tidak efisen bagi perjalanan yang dekat dan dengan kapasiti seorang satu kereta (1:1). Maka dengan ini, aku bercadang membuat pembelian motosikal Yamaha LC135 dengan nilai mencecah RM7,000. Penggunaan motosikal amat efisen kerana purata penggunaan minyak adalah lebih kurang RM40 sebulan berbanding kereta iaitu RM300 sebulan. Dengan ini, perbelanjaan dapat dijimatkan sebanyak RM260 sebulan. Jadi, lebihan belanja boleh disalurkan kepada keperluan-keperluan lain yang lebih mendesak.

Perkara seterusnya ialah menaikkan taraf hidup dengan membuat perolehan bagi perkara yang agak menguntungkan seperti aset kekal dan sebagainya. Jadi, bermula tahun ni, aku akan lebihkan dana bagi membeli keperluan aset kekal yang lebih banyak. Insyallah.

Bila masuk tahun 2009, maka usia aku dah mencecah 27 tahun. Memandangkan pelengkap seorang lelaki ialah menjadi ketua keluarga, maka dengan ini keperluan ini harus diambil kira supaya menjadi manusia yang normal. Jadi, dengan usaha dan doa, insyallah termakbur lah azam yang ni. Oleh kerana, perkara ini amat subjektif, maka misi ini diletakkan dibawah keperluan yang ditambah ‘star’ sebelah kiri.

Memandangkan hobi adalah pelengkap hidup dan juga kepuasan jiwa yang memberikan kepuasan, maka, aku bercadang menyudahkan kereta projek aku. Selesai yang tu, dana tersebut boleh disalurkan ke tempat lain.

Selain itu, akibat komitmen lain yang lebih mendesak seperti tahun lepas, dana bagi tujuan hiburan telah dikurangkan sebanyak 20% memandangkan keperluan tersebut kurang dibelanjakan pada tahun 2008. Lebihan tersebut akan disalurkan kepada keperluan lain yang lebih perioriti.

Maka selesailah ucapan bajet 2009 aku. Kadangkala, azam dan misi ini sering berubah mengikut keperluan semasa dan rasanya kalau lari pun dalam 20% je. Anyway, selamat menempuh tahun 2009 yang lebih mencabar dan semoga tahun ini memberikan lebih kenikmatan dari tahun-tahun yang lepas. Sekian, wassalamm..

Labels: , , , ,