Buntu

Kenapa mata ni tak nak pejam. Bila tutup lampu pun dia degil gak. Pastu aku tekup muka dengan selimut. Pun tak jadi. Fikiran aku melayan entah ke mana-mana. Ape dah jadi ni? Berangan ke aku? Ni gara-gara gambar tu.

Bukan sengaja pun aku jumpa dan tiba-tiba tangan ni gatal plak nak save. Taruk dalam satu folder letak kat desktop. Baru tengok sekali dua, tapi lekat sampai tengah malam. Aku rasa hari ni je, setiap 20 minit, dia datang. Susahnya nak explain. Sakit camni memang susah nak diubat. Kalau pergi berubat di hujung kampung pun belum tentu sembuh. Silap hari bulan boleh jadi sasau.

Hari ni aku explore satu blog. Dan penemuan blog tu memberikan aku bacaan yang agak accurate tentang pemilik blog tersebut. Aku taktau pun wujud blog tu selama ni.

Tapi kan, dah lama gak aku tak rasa camni. Tak sangka perasaan tu masih ada dalam diri aku. Aku sebenarnya taktau ape yang aku buat ni. Rasa serba salah pun ada. Susah jugak kalau bermain dengan perasaan sendiri ni. Sabar je lah.

"Bak kata orang kalau nak lompat pagar berduri tu, kau kena ambik lajak pastu lompat sekuat hati, tapi kalau kau main nak taknak je, silap haribulan duri pagar boleh tercucuk diri sendiri"

"Tapi kalau kau nak lompat pun, kau kena tengok jugak, pagar tu tinggi mana. Jangan main lompat je. Silap haribulan muka terkena kawat berduri. Parah diri sendiri."

Shino said: Kesimpulannya, tiada jawapan untuk persoalan itu. Noktah.

Labels: , , , ,