Ceritaku Duniaku EP04: Qiamullail

Malam tu malam tu jumaat, aku gi solat maghrib dengan isyak dekat surau dihujung kampung. Nuar, Mizi, Hapiz dan Duan pun pergi gak. Tu je port kami masa duk rumah bila hari minggu. Abah dengan mama memang galakkan aku pergi surau. Sebab malam tu ade buat bacaan yassin.

Musim cuti sekolah bermula, surau mengadakan aktiviti Qiamulai iaitu bangun diawal pagi untuk melakukan ibadat kepada Tuhan. Kami semua memang tak terlepas dengan aktiviti anjuran surau. Maklumla, anak Pak Imam, Duan pun turun serta.

Malam tu, kami berempat bersiap sedia dengan pakai sepatutnya dan berkumpul disurau pada jam 10.00 mlm bersama-sama budak-budak lain antara lingkungan umur 10 tahun hingga 15 tahun. Kami yang paling tua antara kesemua mereka.Masa tu umur kami baru nak masuk Form 5.

Setelah semua berkumpul, maka Pak Imam memberikan taklimat dan sedikit ceramah agama berkenaan program tersebut. Khusuk kami dengan. Semangat pun semangat jugak sebab best kalau dapat join program-program macam ni.

Selesai taklimat, maka semua peserta mengambil tempat dan mula menunaikan solat hajat sebelum tidur. Kami pun tak terkecuali. Turut menyempurnakan solat tersebut dengan penuh rasa insaf dan tawaduk.

Semua peserta yang selesai menunaikan solat mengambil ruang di dalam surau untuk tidur beramai-ramai di dalam surau. Manakala Aku, Duan, Nuar, Mizi dan Hafiz masing-masing sibuk dengan perancangan program sendiri pula.

Malam tu, selepas Pak Imam balik, kami mula mengatur agenda sendiri untuk mengisi malam jumaat yang dingin tu. Oleh kerana, mata belum ngantuk, ditambah lagi dengan kehadiran geng yang sekepala, maka rancak lah sembang, lepas sembang, haus plak, bila haus lapar plak. Maka malam tu, kami berempat keluar meninggalkan surau mencari bahan makanan untuk dimakan. Bahagian stor surau kami geledah, Nescafe milik surau kami bancuh dan sajikan. Budak-budak junior tidur sunyi sepi.

Kalau berdengkur, ada lah nanti yang kena, kalau tak mulut ditaruk garam, silap haribulan dahi kena pangkah dengan Artline Marker surau. Aku tak buat, kawan aku tu yang buat. Pastu kitorang gelak-gelak. Ada yang kena londehkan seluar, kain pelikat dan lain-lain.

Bila perut dah keroncong, rasa pulak nak diisi. Nak jadikan cerita, Nuar pergi panjat pokok betik belakang surau. Malam tu, 3 biji betik muda kami belasah. Siap cicah dengan cuka, garam dan gula lagi. Semua ambik dalam stor surau. Perghh.. sedapp..

Penat dengan aktiviti malam tu, badan mula rasa mengantuk, maka tidurlah kami kepenatan. Sebab pagi besok nak kena bangun awal. Nak solat sunat sebelum subuh.

Bila azan, kami bangkit dan peserta riuh rendah sebab ada peserta yang tidur terbogel, muka kena Marker dan sebagai. Angkara sape? Sape lagi? Kami lah. Selepas itu, kami menunai solat berjemaah beramai-ramai. Memang ngantuk tahap gaban time tu sebab semalaman tidur lambat, pastu nak kena bangun awal pulak. Duan sembahyang sebelah aku.

Masa part yang kena sujud lama, aku pejam mata, memang takleh nak niat pape dah sebab ngantuk sangat. Ingat nak niat suruh cemerlang exam. Tapi boleh pulak lupa. Selesai sujud, semua jemaah bangun dan memberi salam tanda selesai solat.

Aku duduk bersila, sambil bertahmid beramai-ramai. Tetiba belakang aku kena cuit. Pak Hamzah tanya aku kenapa Duan dari tadi sujud tak bangun-bangun. Aku pun naik heran. Pak Imam dah nak habis baca doa ni. Tapi mamat tu tak bangun-bangun dari sujud. Aku tengok pun insaf. Bila lama sangat, aku tepuk lutut dia. Dia tergamam dan bingkas bangun, terus duduk bersila sambil megesap mata. Dah sah mamat tu tertidur masa solat tadi. Satu surau bingit.

Labels: , , ,