Family Plan

(*Sila klik dan besarkan untuk melihat dengan jelas)

Pada kali ini aku akan terangkan bagaimana aku membuat pengiraan basic macam mana nak buat family planning. Ini berdasarkan pengiraan asas dan maklumat yang tepat. Mari kita tengok gambarajah diatas. Harap-harap dapatlah aku memberi sedikit maklumat berguna untuk semua.

Kenapa aku letakkan umur ibu 35/36 tahun sebagai guideline. Kerana pada usia lebih 35 tahun, tahap kesuburan wanita menurun dan memberikan kemungkinan kecacatan baby dan lain-lain kesan yang tak baik kepada baby. Ini adalah kajian Kementerian Kesihatan.

Mari letakkan contoh, jika aku inginkan 4 orang cahaya mata dan berkahwin dengan seorang wanita berumur 28 tahun.

Jika dikira umur ibu adalah 28 tahun. Nampaknya dia kena kerja keras sikit lah. Sebab nak kejar tempoh 7 tahun. Maknanya dia kena pregnant pada usia 29 tahun, 31 tahun, 33 tahun dan 35 tahun. Teruk tak? HAHAHA~

Pada usia ibu mencecah umur 35 tahun, anak tersebut masing-masing sudahpun berumur 6 tahun, 4 tahun, 2 tahun dan seorang baby yang baru lahir. Semua masih belum masuk sekolah rendah lagi. Sebab kalau darjah satu adalah pada umur 7 tahun.

Ini jika ibu itu dapat deliver baby secara normal. Tempoh bertenang untuk next baby adalah 6 bulan seterusnya. Kalau ibu tu deliver baby secara pembedahan, dia akan ambik masa 3 tahun untuk next pregnant. So, sure lah tak sempat nak dapat 4 anak. Kerana tempoh bertenang tu agak lama. Spoil la sikit. HEHE~

Dari segi kewangan pun aku rasa sangat tenat juga pada permulaan jika hanya seorang sahaja yang mampu menjana kewangan. Jadi aku lebih prefer ibu yang bekerjaya atau mempunyai pendapatan bagi menampung ekonomi keluarga. Itu lebih selamat kerana jika ditakdirkan umur aku pendek, siapa nak bagi makan anak-anak aku nanti. Secara tak sengaja, aku memang kena tanggung semua tu even aku dah tiada.

Disini aku simpulkan faktor -faktor yang perlu diambil kira untuk memastikan tiada masalah untuk menjayakan misi ini ialah:

a) Kedua pasangan mempunyai pendapatan yang menjana ekonomi
b) Umur pasangan (perempuan) bagi menjaga tahap kesuburan ibu. Lagi muda lagi bagus sebenarnya sebab tempoh masa untuk mencapai umur 35 tahun masih panjang.
c) Simpanan tetap perlu ada.

namun begitu, faktor yang paling penting ialah (a)*

Walaupun pada awalnya nampak agak tenat tapi pada akhirnya, apabila aku mula pencen pada usia 58 tahun, anak yang paling bongsu yang lahir pada usia ibu 35 tahun sudahpun berada pada peringkat universiti atau telah tamat pengajian. Maka, aku dapat menikmati pencen dengan tenang tanpa menanggung kos pendidikan anak-anak lagi tanpa perlu mencari sumber lain untuk menampung pendidikan anak yang bongsu. Manakala, anak-anak yang pertama, kedua dan ketiga sudah pun melangkah alam pekerjaan dan mungkin telahpun berkahwin.

Harap ia dapat membantu :)

Labels: , , ,