Hilangkan Buhsan dan Tension

Hari ni hari minggu, aku keluar lepak area depan Ridel Hotel. Layan minum dengan kawan-kawan kat Kopitiam Oriental. Hilang terus rasa tension setelah seminggu kerja. Kadang-kadang perlu juga beriadah untuk lepaskan tension ni.

Masa balik, aku tengok ramai je manusia lepak tepi jalan. Rupa-rupanya ade game malam ni. So, apa lagi, aku main 3 lap. Mula-mula test dengan Honda EG. Budak tu kena 3 tiang lampu. Pastu dengan kereta lain pulak yang ada kat situ. Gian la pulak rasa. Jarum meter minyak memang turun macam air time tu, bila pijak pedal minyak memang tak sedar diri. Aku hentam kereta aku kaw-kaw. Best sangat-sangat. Masa masuk gear satu, tayar spin tak henti dan sambung dengan gear dua dan tiga spin jugak. Puas aku time tuu..

Rasanya campulley ni memang dah setting cun punya. Sebab boost pun cukup-cukup 1.5 Bar. Bunyi wastegate HKS yang keluar dari downpipe yang bingit mengambarkan prestasi kereta aku berada pada tahap memuaskan. Aku puas sangat. Sekarang masanya, aku siapkan bahagian fizikal pula.

Labels: , , ,