Lena

Khamis 29hb Januari 2009 :

Balik je dari tempat kerja, aku terus mandi. Badan aku yang semalam amat bersemangat untuk bergerak tiba-tiba dirasa macam lemah je. Rasa sunyi sangat-sangat macam hilang sesuatu. Lepas solat maghrib, aku bersiap dan ke warung depan rumah. Nak kejutkan housemate, kesian pulak sebab tengah sedap tidur. Tak payahlah. Malam tu aku makan menu biasa aku. Bila tengok je nasi bungkus tu, rasa macam takde selera pulak. Sebab bila aku tengok nasi bungkus tu, aku teringatkan sesuatu. Sesuatu yang tak mungkin aku miliki selamanya.

Aku pujuk diri aku dan malam tu, aku makan sikit je. Jiwa aku rasa kosong. Terus balik umah menonton tv. Biarpun mata aku tak berkelip pandang rancangan tv tu tapi otak aku ligat berpusing fikirkan sesuatu. Tetapi aku tak dapat rungkaikan masalah ni.

Betulkah pengorbanan adalah satu yang mulia? Kalau begitu, biarlah aku korbankan semua ini demi kebaikan bersama. Susah sebenarnya berkorban ni. Kalau senang ia tak pula diertikan sebagai pengorbanan. Maksud disini ialah mengorbankan perasaan tu supaya ia tidak menganggu kehidupan orang lain. Memangla perasaan tu datang dengan cara tak sengaja, tapi aku tengah cuba mulai sekarang.

Sekarang, aku ada dua pilihan saja, samada aku teruskan atau aku harus pendamkan sehingga tiada kesan jelas. Mesti ada jalan penyelesaiannya.

Akhirnya aku tertewas oleh dikedinginan malam dan lena.

Labels: , , , ,