Lirik : "Chantek"

Pernah tak dengar lagu daripada Altimet feat Fabulous Cats - "Chantek" . Lirik lagu ni aku suka sangat sebab ada jalan penceritaan yang lengkap. Kalau diteliti liriknya satu persatu, ia banyak menerangkan bagaimana perjalanan sesebuah perhubungan itu sehingga melangkah ke alam perkahwinan.

"Hey wanita. Gembira dapat berjumpa. Teringat kembali kali pertama kita bersua Ingat bila kita bersepatu serupa. Tak lama dahulu jangan kau kata kau dah lupa. Kau bersama kawan-kawan muda yang nyata Kau paling menyerlah di antara mereka. Rambut hitam warna cokelat anak mata. Membuat aku kurang fasih bila bicara"

(Masa ni sesi nak tekel girl tu, start main usha-usha. Sebab bila dah suka, orang lain tak nampak dah. Bila suka je memang jadi malu dan segan sangat nak cakap dengan girl yang kita minat tu)

"Apakata kita ambil sedikit masa. Untuk mengenali sesama kita dengan lanjutnya. Dan jika kau rasa apa yang ku rasa. Ayuh kita ke bab kedua dan seterusnya"

(Bila dapat greenlight dari girl tu, apa lagi, masing-masing ingin kenal antara satu sama lain dan bermulalah perhubungan antara mereka)

Chantek… Dirimu buat ku tertarik. Menghilang segala prasangka. Di jiwa Oh chantek… Sungguh aku cinta kamu

"Dia..
Pandai menjaga hati ayah dan ibunya. Kelakuannya sama dengan orang tuaku juga Dia.. Bisa cipta yg gula dari yang cuka. Pandai menukar yg duka kepada suka Dia.. Bijak mengatur acara dan juga masa. Cekap memasak garam gula secukup rasa Dia.. Pandai menjaga harta dan juga duitnya. Tetap anggun tanpa mendedahkan kulitnya Dia.. Setia pada Yang Esa satu-satunya. Memenuhi tanggungjawab 5 waktunya Dia.. Punya tempat dalam rancangan yg ku rangka. Tak usah lengah Ayuh kita berumah tangga"

(Bila kenal hati budi masing-masing, dengan memenuhi kreteria pilihan si lelaki seperti pandai main peranan dalam hubungan, ada pandai masak sikit, agak pandai menguruskan hal kewangan, seorang yang agak sopan berpakaian, mempunyai pegangan agama yang kukuh dan tidak tinggal solat. Apa lagi, jom ajak girl tu kahwin)

Chantek… Sechantek suria menyinar. Seindah bunga yang di taman..mekar… Chantek… Dirimu buat ku tertarik.. Menghilang segala prasangka Di jiwa… Oohhh chantekk.. Sungguh aku cinta kamu

"Aku..
Melihat kita bersama di hari tua. Dia.. Masih satu tiada empat tiga atau dua. Dan walaupun kau sudah kepudaran rupa. Kau tetap cantik padaku aku tak lupa. Kita bersama di anjung luangkan masa. Kewangan kita merdeka mampu bersara. Hasil usaha kita dari masa dahulu. Cukup untuk mengisi perut anak dan cucu. Hidup santai tak perlu terburu-buru. Punya masa kerja ibadah dan juga ilmu. Anak kita dan ayahya semua sebulu. Aku bilang kau chantek dan mereka setuju"


(Bila dah kahwin, bersama-sama mencari rezeki menyara keluarga dan anak-anak dengan mempunyai pekerjaan yang tetap serta mempunyai sedikit wang simpanan masa tua. Kehidupan tak perlulah mewah sangat sekadar sederhana sahaja. Ada masa untuk beribadat dan berilmu. Baru la keharmonian rumah tangga terjamin)

Chantek.. Sechantek suria menyinar. Seindah bunga yang di taman..mekar… Chantek… Dirimu buat ku tertarik.. Menghilang segala prasangka di jiwa… Oh chantek… Sungguh aku cinta kamu…


shino said:
Kadangkala bila dengar lagu, kita jarang nak ikuti makna disebalik lirik sesebuah lagu tu.

Labels: , , , ,