Meggi

Hari ni aku takde selera nak makan. Nasi bungkus yang jadi teman aku sepanjang hari aku tak jamah langsung. Balik kerja, aku masak meggi. Baru je nak suap meggi, kawan pulak call suruh ambik dia kat stesen bas. Aku letak balik mangkuk tu, bergegas cari kunci kereta dah pergi selesaikan hal tu dulu.

Balik je, tengok balik meggi tadi. Dah sejuk pun. Rasa pun dah tak best sebab dah kembang. Aku tak jadi makan. Tekak rasa tak selesa, rasa nak demam. Penatnya badan ni. Aku ambik towel. Pergi bersiram.

Labels: , , ,